KIAS menyediakan kursus-kursus pengajian yang dikendalikan oleh jabatan masing-masing iaitu:
Masyarakat Islam pada masa ini amat memerlukan kepada sarjana Islam yang mampu memberi kefahaman yang jelas terhadap syariat Islam dan menghayatinya dalam segenap lapangan kehidupan. KIAS telah berusaha memenuhi tuntutan tersebut dengan menubuhkan Jabatan Syariah di samping jabatan-jabatan lain. Jabatan Al-Syariah ditubuhkan bersama dengan jabatan Usuluddin dan Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah. Kursus-kursus di Jabatan Al-Syariah bertujuan untuk memperkenalkan Syariat Islam sebagai cara hidup dan melahirkan ilmuan yang mampu mendepani cabaran semasa serta membimbing manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Objektif penubuhan jabatan ini ialah:
-
Melahirkan ulama’ yang berwibawa di dalam bidang Al-Syariah dan mampu membimbing masyarakat ke jalan yang diredhai oleh Allah.
-
Memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu-ilmu dalam bidang Al-Syariah supaya mereka mampu hayatinya dalam kehidupan mereka.
-
Memberi peluang kepada pelajar yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di dalam bidang Al-Syariah.
Kursus Jabatan:
Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Swasta dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:
i. Diploma Al-Syariah
Aktiviti Jabatan :
-
Penganjuran Seminar di peringkat Kebangsaan dan Negeri Kelantan seperti Seminar Pentadbiran Tanah Menurut Perspektif Islam, Seminar Jenayah Remaja dll.
-
Penganjuran Kursus-kursus Praktikal Peringkat KIAS yang berkaitan Ibadat seperti Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Penyembelihan dsb.
-
Penerbitan Buku Ilmiah & Risalah Jabatan Al-Syariah.
-
Lawatan sambil belajar yang berkaitan dengan subjek seperti Lawatan ke Mahkamah Syariah , Penjara dsb.
Prospek Kerjaya :
-
Berpeluang menjawat jawatan Pegawai Syariah di mana-mana pejabat pentadbiran samada sektor awam atau swasta.
-
Berpeluang mengisi guna tenaga di bidang Al-Syariah seperti menjadi pensyarah, guru agama dan sebagainya.
-
Berpeluang menjadi para da’ie yang berkelayakan dan berwibawa.
- Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Al-Syariah di peringkat yang lebih tinggi.
Tidak dapat diragui bahawa tuntutan Islam mengutamakan kesempurnaan aqidah dan kesejahteraan umatnya. Suatu perkara yang menjadi tuntutan utama Islam yang patut diambil perhatian yang sungguh-sungguh ialah memperkenalkan aqidah Islamiyyah sebagaimana yang disarankan di dalam al-Quran dan al-Sunnah al-Nabawiyyah. Kerana itulah KIAS pada peringkat permulaan lagi telah mewujudkan Jabatan Usuluddin disamping Jabatan Syariah dan Jabatan al-Dakwah Wal Qiadah.
Jabatan ini memberi tumpuan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan aqidah, perbandingan agama, pengajian falsafah, tarikh Islam, aliran pemikiran semasa disamping lain-lain kursus seperti tafsir, hadith, fiqh, muamalat hadithah, bahasa Arab, ilmu mantiq dan manahij al-bahth.
Objektif penubuhan jabatan ini ialah:
-
Berusaha ke arah mencapai tujuan penubuhan jabatan ini dan juga untuk penyebaran ilmu-ilmu Islam yang lebih luas.
-
Memberi peluang kepada pelajar yang memiliki Sijil Menengah/Tinggi Agama untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat tinggi di dalam bidang Usuluddin.
-
Memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu-ilmu dalam bidang Usuluddin supaya mereka mampu hayatinya dalam kehidupan mereka.
-
Melahirkan ulama’ yang berwibawa di dalam bidang Usuluddin dan mampu membimbing masyarakat ke jalan yang diredhai oleh Allah.
Kursus Jabatan:
Kursus-kursus bagi program Diploma adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Swasta dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil kira kesesuaiannya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan Usuluddin menawarkan satu program pengajian, iaitu:
i. Diploma Usuluddin
Aktiviti Jabatan :
-
Pengajian Kursus Tambahan Jabatan Usuluddin: Kursus Usul Fiqh, Kursus Qawaid Fiqhiyyah, Kursus Pentadbiran Mahkamah Syariah/Faraidh.
-
Bengkel Ilmiah Peringkat Jabatan Usuluddin: Diskusi, Kolokium, Wacana Ilmiah dan sebagainya.
-
Seminar Usuluddin Peringkat Awam.
-
Nadi Bakkah (Kelab Mahasiswa Usuluddin)
Prospek Kerjaya :
-
Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta.
-
Berpeluang mengisi guna tenaga di bidang Usuluddin seperti menjadi pendidik, pensyarah, guru agama dan sebagainya.
-
Berpeluang menjadi para da’ie yang berkelayakan dan berwibawa.
-
Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
c. Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah |
Tanggungjawab mengajak manusia kepda kebaikan dan mencegah daipada kemungkaran merupakan satu kewajiban yang tidak akan ada penyudahnya. Oleh itu usaha-usaha ke arah melahirkan para pendakwah yang berwibawa merupakan satu keperluan yang perlu disempurnakan.
Penubuhan Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah adalah bagi menampung sebahagian daripada kehendak di atas. Sebenarnya jabatan ini merupakan kesinambungan kepada Ma'ahad Ad-Dakwah Wal Imamah yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan diserapkan di bawah KIAS disamping Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin. Semoga melalui penubuhan jabatan ini, KIAS suatu masa nanti dapat membekalkan para juru dakwah yang berkebolehan dan memahami uslub dakwah yang sebenar diserata ceruk rantau demi mengembalikan semula kegemilangan Islam.
Pengajian di jabatan ini bermula pada 24 Safar 1421H bersamaan 28 Mei 2000.
Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:
Kursus Jabatan:
Kursus-kursus yang diajar dijabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh jabatan Pendiddikan Swasta dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil kira kesesuaiannya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan Al-Dakwah Qal Qiadah menawarkan dua program pengajian, iaitu:
i. Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah
ii. Sijil Pengajian Islam
Prospek Kerjaya :
-
Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta.
-
Menjadi imam di masjid-masjid di seluruh negara dan menjadi pendidik di bidang Dakwah seperti pensyarah, guru agama dan sebagainya.
-
Berpeluang menjadi para da’ie yang berkelayakan terutama kepada umat Islam di Malaysia termasuk orang-orang asli.
-
Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Dakwah di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
Jabatan Bahasa Arab ditubuhkan pada 1 Jun 2006 iaitu jabatan pengajian keempat bagi program Diploma di KIAS. Ia dilengkapi dengan sebuah Makmal Bahasa yang canggih yang dapat membantu pelajar bahasa memahirkan diri dalam pemahaman, pendengaran dan pertuturan Bahasa Arab. Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang membolehkan graduannya cekap dan mantap dalam berbahasa Arab dan yang paling pentingnya dapat menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Objektif penubuhan jabatan ini ialah:
-
Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang Bahasa Arab.
-
Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang pentingnya Bahasa Arab khususnya di era globalisasi.
-
Supaya pelajar dapat menguasai Bahasa Arab dan menjadikan mereka ingin terus belajar tanpa had masa dan tempat.
Kursus Jabatan:
Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Swasta dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:
i. Diploma Bahasa Arab
Aktiviti Jabatan :
Prospek Kerjaya :
-
Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta.
-
Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan yang sesuai seperti mengguna Bahasa Arab, menterjemah Bahasa Arab dan lain-lain sektor pekerjaan yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat dan negara sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajian fardhu ain dan Bahasa Arab di sekolah.
-
Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Bahasa Arab di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
 |