BULETIN
2009
|
|
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SEKOLAH PENGAJIAH TAFAQQUH FIDDIN KALI KE 1 2009 |
5/12/2009 4:55:27 PM
|
7 Mei 2009 - Seramai 116 peserta Sekolah Pengajian Tafaqquh Fiddin berjaya menamatkan pengajian mereka dan menerima sijil dalam satu majlis penyampaian Sijil ala konvokesyen yang diadakan hari ini. KIAS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah menawarkan kursus pengajian Tafaqquh Fiddin kepada pegawai dan pembantu pegawai dakwah Halaqat yang diadakan pada setiap hujung minggu bermula 2007 yang lepas. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan bertempat di Dewan Besar Kompleks Balai Islam Lundang Kota Bharu. Menurut Ketua Eksekutif KIAS, Dr. Johari bin Mat, tujuan utama kursus itu diadakan adalah untuk melahirkan pendakwah yang berwibawa dan dapat memberi sumbangan sebaik mungkin kepada masyarakat demi masa depan Islam yang gemilang. KIAS dijangka akan mengadakan pengambilan seterusnya pada Jun ini dengan dibuka kepada orang ramai yang berminat.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN STAF KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KIPSAS) |
3/10/2009 8:35:01 AM
|
8 Mac 2009 - Pertama kalinya KIAS telah menerima kunjungan dari Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yang terdiri daripada 12 orang staf berserta ahli keluarga. Rombongan tiba di KIAS pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Pendaftar, Dr. Yaacob bin Yusoff, PE Promosi & Perhubungan Awam, En. Mohd Rawizal bin Mohd Nawi serta En. Mustapha. Menurut ketua rombongan, iaitu Kpt. Mohd Zamri bin Wahab (Naib Presiden KIPSAS) lawatan tidak rasmi ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan dan pembangunan di KIAS serta mengeratkan silaturahim di antara kedua-dua IPT.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN KERJA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) |
3/10/2009 8:18:42 AM
|
4 Mac 2009 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Rombongan ini diketuai oleh Rektor KUIS, Dato’ Mohd Adanan bin Isman dan ahli rombongan adalah terdiri daripada Timbalan Rektor (Akademik), Tuan Hj. Mohd Khairi bin Hj. Hussin, Dekan Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Ust Mohd Subari bin Ramli, Dekan Fakulti Sains Kejururawatan & Kesihatan Bersekutu, Dekan Jabatan Pembangunan Akademik, Ustazah Khairunnisa’ bt Ismail dan Pegawai Khas Kepada Rektor, Ust Mohd Azmin bin Abdul Hamid. Rombongan tiba di KIAS pada pukul 9.30 pagi dan disambut oleh Ketua Eksekutif KIAS, Timbalan Ketua Eksekutif dan Ketua-ketua Jabatan. Perbincangan kedua-dua pihak adalah menjurus kepada pengenalan kursus Kejururawatan untuk dikembangkan melalui kerjasama akademik di antara KIAS dan KUIS pada masa-masa akan datang. Turut hadir dalam sesi taklimat ini ialah Ybhg. Dato’ Muhammad bin Daud Al-Iraqi, Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
MAJLIS MENANDATANGANI MoA DI ANTARA KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH DAN KIAS |
2/22/2009 4:13:50 PM
|
15 Febuari 2009 - Dalam usaha mewujudkan lebih banyak peluang pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Kolej Universiti Insaniah telah menandatangani satu perjanjian persefahaman akademik (MoA), di wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Ketua-Eksekutif KIAS, Dr Johari bin Mat berkata, program MoA ini diadakan bertujuan membuka peluang kepada institusi tersebut menawarkan pengajian yang terdapat di Insaniah. Menurut beliau, program utama yang terdapat di Insaniah akan ditawarkan di KIAS termasuklah pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Syariah. Beliau berkata, program MoA tersebut mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan dijangka bakal bermula pada Julai depan 2009. Menurutnya lagi, pihak KIAS juga turut mensasarkan sekurang-kurangnya 50 pelajar yang akan mengikuti setiap program pengajian ditawarkan itu dan pelajar mestilah sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan SPM dan STAM serta wajib menguasai bahasa Arab. Dalam pada itu, Rektor Insaniah, Dato' Jamil bin Osman berkata, semua proses pembelajaran akan dijalankan sepenuhnya di KIAS kerana pihak Insaniah meyakini dengan kemampuan tenaga pengajar yang ada di KIAS. Walau bagaimanapun, pihak Insaniah juga akan memantau proses pembelajaran di KIAS dari masa ke semasa dan yang penting ialah dengan mengadakan penyelarasan pengajian iaitu mempunyai sistem dan rujukan sama seperti di Insaniah. Hadir sama bagi menyaksikan majlis MoA tersebut ialah Menteri Besar Kedah yang juga merangkap Pengerusi Insaniah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS, Dato' Muhammad bin Daud Al- Iraqi.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN KERJA KE IPT UTARA |
2/17/2009 4:39:22 PM
|
10-13 Febuari 2009 - Satu lawatan kerja ke Institusi Pengajian Tinggi Utara Semenanjung Malaysia telah berjaya diadakan melibatkan seramai 8 orang pegawai eksekutif KIAS. Antara IPT yang telah dikunjungi ialah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) di Pulau Pinang dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk menimba pengetahuan dan menambah pengalaman bagi meningkatkan tahap kecekapan serta mutu kerja setiap pegawai. Diharapkan agar rombongan pada kali ini boleh menjadi titik permulaan kepada peningkatan kualiti pengurusan di KIAS serta mengeratkan hubungan antara KIAS dengan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN |
2/8/2009 9:48:13 AM
|
3 Januari 2009 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) hari ini telah dikunjungi oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Ahmad bin Yaacob sempena lawatan kerja beliau di sini hari ini. Ketibaan Dato’ Timbalan Menteri Besar disambut oleh Ketua Eksekutif KIAS dan pihak pengurusan KIAS setibanya beliau pada pukul 9.30 pagi. Antara topik perbincangan diantara pihak KIAS dengan beliau adalah mengenai usaha menaikkan taraf KIAS kepada Kolej Universiti. Perbicangan selama 1 jam itu diakhiri dengan lawatan Timbalan Menteri Besar serta para rombongan ke semua kawasan sekitar kampus dengan diiringi oleh pihak pengurusan KIAS serta pegawai-pegawai Eksekutif. Adalah diharapkan lawatan ini menjanjikan impak yang positif dalam merealisasikan cita-cita KIAS melangkah ke arah Kolej Universiti.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN SILATURAHIM DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) |
2/8/2009 9:45:59 AM
|
29 Januari 2009 - Pihak Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor telah berkunjung ke KIAS untuk menemu duga calon jawatan imam bagi masjid tersebut. Rombongan seramai 4 orang yang diketuai oleh Dr. Azhar Muhammad selaku ketua rombongan merangkap Pengarah Masjid Sultan Ismail tiba di KIAS pada jam 11.00 pagi. Ahli rombongan yang lain adalah terdiri daripada Ust Mohd Ismail bin Mustafa, Ust Abdul Hafiz bin Abdullah dan Ust Mahyudin bin Md. Sarip. Turut hadir bagi menyampaikan taklimat kepada para rombongan kali ini adalah Ketua Eksekutif KIAS, Dr. Johari bin Mat serta dibantu oleh Pegawai Eksekutif Promosi & Perhubungan Awam, En. Mohd Rawizal bin Mohd Nawi. Perbincangan kedua-dua pihak merapatkan lagi hubungan silaturahim di samping membuka peluang kepada KIAS untuk menambahkan lagi rakan kerjasama bagi membolehkan lepasan pelajar KIAS menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
BICARA ILMIAH: KRITERIA KEPIMPINAN WANITA DALAM ISLAM |
1/13/2009 10:40:19 AM
|
12 Januari 2009 - Jabatan Al-Syariah KIAS telah menganjurkan program Bicara Ilmiah kepada semua mahasiswa/wi khususnya dari Jabatan Al-Syariah. Pembentangan yang bertajuk “Kriteria Kepimpinan Wanita Dalam Islam” telah disampaikan oleh Ust Zulqarnain bin Hassan, pensyarah KIAS. Program bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Tok Kenali KIAS. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ust Hamidi bin Abdul Ghani, Ketua Jabatan Al-Syariah KIAS.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
PERUTUSAN KETUA EKSEKUTIF SEMPENA TAHUN BARU 1430H/2009 |
1/13/2009 10:39:21 AM
|
11 Januari 2009 - Pejabat Ketua Eksekutif telah mengadakan Majlis Perutusan sempena sambutan tahun baru Hijrah 1430H dan tahun baru Miladi 2009M kepada semua kakitangan KIAS. Majlis bermula sekitar jam 9.00 pagi selepas Majlis tazkirah mingguan yang telah disampaikan oleh Ust Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail. Antara Amanat yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif ialah supaya semua kakitangan dapat menghayati visi dan misi KIAS dengan sehadam yang mungkin. Hal ini penting supaya semua unit boleh merangka perancangan dan strategi masing-masing untuk menjana kecemerlangan pada masa akan datang. Ketua Eksekutif juga menyatakan hasrat pihak MQA untuk memantapkan lagi perjalanan KIAS menuju ke arah Kolej Universiti. Majlis diakhiri dengan jamuan kesyukuran yang dianjurkan olen penerima anugerah staf cemerlang pada sesi yang lepas kepada semua staf yang hadir.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
DELEGASI DARI BUPATI HALMAHERA SELATAN, INDONESIA |
1/4/2009 11:49:32 AM
|
31 Disember 2008 - KIAS telah menerima kunjungan delegasi terakhir di penghujung tahun 2008 hari ini apabila rombongan dari Bupati Halmahera Selatan, Indonesia, Maluku yang diketuai oleh H. Muhammad Kasuba dan ahli rombongannya seramai 6 orang datang melawat KIAS. Delegasi yang tiba di KIAS sekitar jam 3.00 petang disambut oleh Ketua Eksekutif, Dr. Johari bin Mat, Timbalan Ketua Eksekutif (HEA) dan HEP serta Ketua-ketua Jabatan. Satu majlis ramah mesra dan taklimat diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat KIAS serta turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis KIAS, Dato' Muhammad bin Daud Al-Iraqi. Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan serta berkenal-kenalan antara satu sama lain yang bertujuan untuk mengerat hubungan antara 2 negara seislam.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
MAJLIS KERAIAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG STAF KIAS 2007 |
12/24/2008 4:04:19 PM
|
24 Disember 2008 - Setiap tahun KIAS akan menganugerahkan hadiah khidmat Cemerlang kepada semua staf berdasarkan kepada hasil penilaian prestasi tahunan. Ini antara lain bertujuan untuk memberi rangsangan dan sokongan kepada semua staf supaya bersungguh-sungguh melaksanakan kerja harian mereka untuk memajukan serta menjayakan Visi dan Misi KIAS. Satu majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Staf KIAS telah diadakan pada hari ini bermula jam 9.00 pagi yang mana majlis ini turut dihadiri oleh YB Drs. Zainuddin Awang Hamat dan Ust Mohammed bin Daud Iraqi, Pengerusi Majlis KIAS serta semua pihak pengurusan KIAS. Ketua Eksekutif KIAS, Dr. Johari bin Mat dalam amanatnya mengatakan bahawa "Sesuai dengan tahun baru 1430H/2009M yang bakal tiba, semua staf KIAS perlu menghayati visi dan misi KIAS yang sangat besar dan mencabar. Visi dan Misi ini merupakan tunjang kepada matlamat KIAS yang bakal dinaiktaraf kepada Kolej Universiti seperti mana yang diidam-idamkan oleh semua pihak”. Penyampaian anugerah telah disampaikan oleh Ust Mohammed bin Daud Iraqi kepada 12 orang staf yang cemerlang pada tahun ini. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sedikit jamuan.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
MAJLIS HARI RAYA IDULADHA 1429H |
12/14/2008 4:37:36 PM
|
10-11 Disember 2008 - Tahun ini KIAS melalui Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan KIAS (KSK) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa KIAS (PMKIAS) telah melaksanakan ibadah korban 3 ekor lembu sempena hari raya ketiga Iduladha di perkarangan kampus. Bermula jam 8.30 pagi (Rabu), acara korban diadakan dengan turut dibantu oleh kakitangan KIAS yang lain untuk melapah, memotong daging dan memasak daging korban tersebut untuk jamuan Hari Raya. Tepat jam 12.30 tengahari pada keesokannya (Khamis), acara Jamuan Hari Raya diadakan. Turut Hadir dalam jamuan tersebut ialah Ketua Eksekutif KIAS, Timbalan Ketua Eksekutif, Pendaftar, para pegawai dan staf-staf KIAS serta tetamu-tetamu jemputan daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri dan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Tidak lupa juga pelajar-pelajar antarabangsa KIAS seperti pelajar China, Kemboja, Thailand dan Indonesia turut dijemput meraikan hari tersebut.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PENGAJIAN ILMU QIRAAT & TARANNUM DAN KURSUS PENGAJIAN BAHASA ARAB (AWAM) SESI 2008 |
12/1/2008 2:16:20 PM
|
21 November 2008 - Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam ( PKPII ) sekali lagi telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pengajian Ilmu Qiraat & Tarannum dan Sijil Kursus Pengajian Bahasa Arab ( Lanjutan ) Sesi 2008 yang disempurnakan oleh Ybr. Dr Johari bin Mat, Ketua Eksekutif KIAS. Seramai 43 peserta menerima sijil Kursus Pengajian Ilmu Qiraat & Tarannum setelah berjaya mengikuti keempat-empat modul yang ditawarkan. Manakala seramai 8 orang peserta menerima Sijil Kursus Pengajian Bahasa Arab ( Lanjutan ) yang telah tamat mengikuti Modul keenam. Pn. Zakiah binti Yob yang merupakan peserta terbaik Kursus Pengajian Ilmu Qiraat & Tarannum di dalam ucapannya meluahkan rasa gembira dengan berkata: “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KIAS yang telah mengadakan Kursus Pengajian Ilmu Qiraat Dan Tarannum. Alhamdulillah terlalu banyak yang saya telah pelajari daripada kursus tersebut seperti membaca al-Quran dengan pelbagai Qiraat, dapat mempertingkatkan mutu bacaan saya dalam melagu-lagukan al-Quran, dapat mempelajari ilmu-ilmu lain berkaitan dengan al-Quran seperti Ilmu Resam Uthmani, pengaruh qiraat terhadap makna ayat”. Sementara Pelajar Cemerlang Kursus Pengajian Bahasa Arab disandang oleh adik Muhammad Izzat Syameer Bin Mohd Zaid, 15 tahun yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Petikan daripada ucapan Ketua Eksekutif pula menyebut bahawa PKPII akan menawarkan program baru kepada mereka yang telah tamat mengikuti keempat-empat modul Kursus pengajian ilmu qiraat dan tarannum di KIAS dan terbuka juga kepada mereka yang berminat iaitu “Kelas Talaqqi Qiraat al-Quran Bersanad”. Menurut Penyelaras PKPII, Ustaz Muhammad Amiri bin Ab. Ghani, PKPII juga telah menjalinkan kerjasama dengan pihak luar dalam memperluaskan kursus pengajian ilmu Qiraat & Tarannum seperti mengadakan kursus tersebut di Johor Bharu anjuran bersama dengan Pusat Pengajian Al-Quran Qiraati, Pasir Gudang dan PKPII juga dalam perbincangan untuk mengadakan kursus tersebut di Singapura. Menurut beliau lagi, Kursus Pengajian Ilmu Qiraat dan Tarannum bagi Modul Kedua di Johor Bharu akan diadakan pada 29 – 30 November 2008 bagi subjek Ilmu Tarannum I dan subjek Ilmu Resam Uthamni. Manakala bagi subjek Kaedah Riwayat Warsy akan diadakan pada 24 – 25 Januari 2009 di Hotel Seri Malaysia, Larkin, Johor Bharu. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Ustaz Sanusi Abdul Razak, Pengerusi Pusat Pengajian Al-Quran Qiraati, Pasir Gudang di talian 013-7290481.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
LAWATAN DARI JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) – BAHAGIAN LATIHAN |
11/18/2008 2:20:24 PM
|
17 November 2008 - KIAS hari ini buat pertama kalinya menerima kunjungan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diketuai oleh Puan Hajjah Pauzaiyyah binti Haron, Pengarah Bahagian Latihan JAKIM berserta ahli rombongannya iaitu Ustaz Abdul Malik bin Abdul Manaf, Pensyarah Kanan Darul Quran JAKIM, Ustaz Mohd Zaini bin Ramli, Pen. Pengarah Pengembangan Kurikulum, Ustaz Muhamad Hafeez bin Abu Seman, Pen. Pengarah Pemantauan & Penyelarasan KADER dan Ustaz Radzi bin Kamaluddin, Pen. Pengarah Pengembangan Kurikulum. Rombongan yang tiba di KIAS sekitar jam 10.00 pagi telah disambut oleh Timbalan Ketua Eksekutif (HEA), Dr. Zakaria @ Mahmod bin Daud, Timbalan Ketua Eksekutif (HEP), Dr. Hilaluddin bin Abdullah, Pendaftar, Dr. Yaacob bin Yusoff serta Ketua-Ketua Jabatan. Menurut para rombongan, lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan peluang pendidikan bagi lepasan Diploma JAKIM, pengalaman kerjasama KIAS dengan Universiti Al-Azhar serta kerjasama-kerjasama yang lain dalam bidang penyelidikan dan pendidikan. Dr. Zakaria @ Mahmod bin Daud di akhir sesi taklimatnya menyatakan bahawa pihak KIAS amat berterima kasih di atas lawatan dari pihak JAKIM dan KIAS bersedia memberikan apa jua bentuk kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
SEMINAR PEMURNIAN AKIDAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN |
11/18/2008 2:19:50 PM
|
16 September 2008 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) melalui Jabatan Usuluddin dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah menganjurkan Seminar Pemurnian Akidah Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Balai Islam Lundang, Kota Bharu bermula pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Pihak Penganjur telah menjemput 4 orang pembentang kertas kerja iaitu Al-Fadhil Dr. Johari bin Mat, (Ketua Eksekutif KIAS), Al-Fadhil Dr. Zakaria @ Mahmod bin Daud (Timbalan Ketua Eksekutif KIAS), Ust Mohd Aizam bin Mas'ud (JAKIM) dan Maulana Haji Mohd Asri bin Yusof yang masing-masing membentangkan kertas kerja bertajuk; “Ajaran-ajaran Sesat Di Malaysia Dan Pengaruhnya Terhadap Akidah Islam", "Prinsip-prinsip Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah: Suatu Pengenalan", Ajaran Syi'ah Dan Pengaruhnya Di Malaysia dan Kelantan" dan "Bahaya Syi'ah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak, Ummah & Negara". Seminar ini dihadiri oleh para pegawai JAHEAIK dan MAIK, wakil Jabatan-jabatan Kerajaan, tuan-tuan guru, alim ulama dan para imam negeri Kelantan, pegawai-pegawai Halaqat, pendakwah, penceramah dan guru takmir MAIK, para pelajar IPTA/S & peringkat menengah serta anggota masyarat sekitar. Seminar ini antara lain adalah bertujuan untuk mendedahkan akidah Islam yang murni berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith serta mengenalpasti punca dan pengaruh ajaran sesat di Malaysia khususnya Syi’ah.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
MINGGU UKHUWWAH ISLAMIAH (MUI) NOVEMBER 2008 |
11/6/2008 12:48:30 PM
|
2 November 2008 - Pihak KIAS sekali lagi menerima kemasukan pelajar-pelajar baru bagi sesi November 2008. Ini merupakan pengambilan kedua bagi tahun 2008 dalam meningkatkan jumlah kemasukan pelajar baru rentetan daripada Konvokesyen 2008 yang diadakan pada Ogos yang lepas. Sebanyak 4 bidang pengajian Peringkat Diploma dan Sijil telah ditawarkan yang mana seramai 34 orang pelajar telah mendaftarkan diri dalam sesi pendaftaran Minggu Ukhuwwah Islamiah (MUI) yang diadakan selama 2 hari.. Sejurus selepas sesi pendaftaran, satu taklimat khas kepada ibubapa dan pelajar telah diadakan dan dihadiri oleh Ybhg. Dato Muhammad bin Daud Al-Iraqi, Pengerusi KIAS Darulnaim, Ketua Eksekutif KIAS, Dr. Johari bin Mat dan pihak pengurusan KIAS yang lain.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
KURSUS (EFFECTIVE PEDAGOGICAL SKILLS) |
11/6/2008 12:48:01 PM
|
28-30 Oktober 2008 - Dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran di kalangan pensyarah, KIAS telah mengadakan kursus (Effective Pedagogical Skills) selama 3 hari bermula 28 Oktober hingga 30 Oktober 2008 dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Ramlee Mustapha dari Talent Enchancement Academy UKM Holdings Sdn. Bhd. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Johari bin Mat, Ketua Eksekutif KIAS yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Eksekutif, Pendaftar dan Ketua-ketua Jabatan.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
HARI KELUARGA KIAS 2008 |
10/22/2008 11:38:51 AM
|
18 Oktober 2008 - Hari Keluaga KIAS 2008 diadakan dengan penuh meriah di Perdana Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan, Bachok Kelantan pada hari Sabtu yang lepas. Program santai anjuran Kelab Sukan & Kebajikan KIAS (KSK) itu dirasmikan oleh Ketua Eksekutif KIAS, Dr. Johari bin Mat pada pukul 9.00 pagi. Program tahunan tersebut dihadiri oleh sebahagian besar staf-staf KIAS dari semua peringkat bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti sukan diadakan dalam program ini, antaranya ialah permainan kanak-kanak kategori 7-9 tahun seperti pertandingan Isi Air Dalam Botol, Baling Bola Ping Pong dan Tiup Belon Hingga Pecah. Bagi Kategori kanak-kanak 5-6 tahun pula seperti Pertandingan Kerusi Berirama dan Isi Air Dalam Botol. Bagi Kategori 10-12 tahun pula pertandingan Kerusi Berirama, Tolak Rim Basikal dan Lari Dalam Guni dipertandingkan. Bagi kategori Kaum Bapa pula sukan berbentuk pertandingan Tarik Tali, Terompah Gergasi, Lari Dalam Guni dan Bola Sepak Pantai dipertandingkan mengikut kumpulan. Seterusnya pertandingan bagi kategori kaum ibu pula ialah seperti Sambut Air Dalam Belon, Terompah Gergasi, Bowling Kelapa dan Lari Dalam Guni. Selain itu, Cabutan Bertuah turut diadakan untuk memeriahkan lagi acara yang dipertandingkan. Pembahagian hadiah diadakan kepada semua para pemenang dan ahli keluarga yang bertuah. Program berakhir pada pukul 1.00 tengahari.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
MAJLIS RAMAH MESRA IDULFITRI BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KDSB |
10/6/2008 3:04:28 PM
|
6 Oktober 2008 - Kemeriahan Hari Raya Idulfitri pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh seluruh umat Islam sebagai menandakan kejayaan berpuasa selama sebulan. Justeru pihak KIAS tidak terkecuali daripada mengadakan majlis Ramah Mesra Idulfitri yang diadakan bersempena dengan majlis meraikan Pengerusi Lembaga Pengarah KDSB yang baru iaitu Ybhg. Dato' Muhammad Daud Al-Iraqi menggantikan YB Mohd Amar bin Abdullah. Menurut Pendaftar yang mempengerusikan majlis, majlis pada hari ini juga adalah sebagai tanda kesyukuran kejayaan Istiadat Konvokesyen yang diadakan dengan penuh gemilang baru-baru ini. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ahli Lembaga Pengarah KDSB iaitu Tuan Haji Wan Yahya bin Wan Salleh (Pengarah PKINK), Tuan Haji Sabri bin Abdullah (Pengurus Besar PKB) serta staf-staf dari Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). YB Mohd Amar bin Abdullah didalam ucapannya menekankan pentingnya peranan semua pihak dalam aspek persiapan merealisasikan usaha KIAS menuju ke arah Kolej Universiti. Manakala amanat Pengerusi Lembaga KDSB yang baru pula menyatakan harapan yang tinggi supaya KIAS dapat memulihkan kembali penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar KIAS. Majlis diakhiri dengan simbolik penyerahan tugas kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KDSB dengan menyerahkan buku peraturan Kolej kepada beliau dan jamuan Idulfitri.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
MAJLIS BERBUKA PUASA KAKITANGAN KIAS |
9/22/2008 3:44:14 PM
|
21 September 2008 - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan KIAS (KSK) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk kakitangan KIAS sempena ibadah puasa yang dijalani oleh umat Islam. Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan KIAS (KSK) iaitu Ustaz Muhammad Nasron bin Yaacob dan disusuli dengan Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif KIAS, Dr. Johari bin Mat. Setelah azan maghrib berkumandang, semua kakitangan KIAS berbuka puasa secara berjemaah dan menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah yang mengakhiri majlis pada kali ini.
|
| |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[Prev] |
[Main] |
[Last] |
[Next] |
|