BULETIN TAHUNAN

 

 

 

 

 

 

 

 

BULETIN 2007

Kursus Kurikulum Pembangunan Insan II
Sat | 04 - 05 - 2007 | 10:23 PM

15 Mac 2007 - PKINK dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan KIAS dan MAHLI Training (Kuala Lumpur) telah mengadakan Kursus Kurikulum Pembangunan Insan II yang telah diadakan di Bukit Kluang Beach Resort, Besut, Terengganu. Program selama 3 hari bermula pada 15 Mac 2007 melibatkan 84 kakitangan sokongan PKINK. Pihak PKINK amat berpuas hati denggan program yang dianjurkan ini dan berharap ianya dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan KIAS.

[Kembali ke atas]

 

Lawatan UKM Ke KIAS
Sat | 04 - 05 - 2007 | 10:25 PM

22 Mac 2007 - KIAS telah mengadakan perbincangan kerjasama dengan pihak Pusat Kembangan Pendidikan, UKM pada 22 Mac 2007. Perbincangan lebih tertumpu kepada usaha-usaha yang boleh dijalinkan bagi membuka peluang pendidikan kepada pelajar KIAS untuk meneruskan pengajian mereka di UKM. Peribncangan diketuai oleh Timb. Ketua Eksekutif (HEA), Dr. Zakaria @ Mahmod bin Daud.

[Kembali ke atas]

 

Perlawanan Badminton Persahabatan Antara Pentadbiran dan Pensyarah KIAS
Sat | 04 - 05 - 2007 | 10:23 PM

KIAS telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton antara staf pentadbiran melawan pensyarah. Perlawanan melibatkan 5 beregu daripada setiap pasukan. Pasukan staf pentadbiran menang 3-0 ke atas pensyarah. Jaguh daripada regu staf pentadbiran yang telah mengharumkan nama pentadibran ialah En. Mohd Zainuddin/En. Kamaruddin menentang Ustaz Wazi/Ustaz Muhammad Nasron, En. Mohd Zulazli/En. Ibrahim menentang Ustaz Ahmad Hasyimi/Ustaz Ahmad Fadhli dan beregu terakhir yang melengkapkan kemenangan iaitu regu En. Roslan/En. Zulkipli melawan Dr. Mohd Hilmi/Ustaz Mhamad. Perlawanan ini dikiran dapat mengeratkan hubungan antara staf pentadbiran dan pensyarah.

 

[Kembali ke atas]

 

 

 

Disediakan oleh
Ust Ahmad Fadhli bin Syaari

     

hakcipta terpelihara© 2005-2006 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
[ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]