| PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA |
(Program berkembar (4 + 0) dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)*
- Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian (PA 10596)
- Ijazah Sarjana Muda Al-Syariah Dengan Kepujian (PA 10609)
Tempoh Pengajian
8 semester di KIAS dan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda di KUIN.
Kelayakan Masuk Kursus Ijazah Sarjana Muda (Berkembar 4+0 Dengan KUIN) (Berpandukan Syarat KUIN)
a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf, dan;
b) Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam 2 subjek, atau;
c) Lulus Matrikulasi / setaraf dengannya sekurang-kurangnya NGMP 2.00 dan diluluskan oleh SENAT Kolej Universiti INSANIAH, atau;
d) Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau;
e) Lain-lain kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh SENAT Kolej Universiti INSANIAH.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian yang dikenakan pelajar pelajar adalah berdasarkan ketetapan yuran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) iaitu:
PROGRAM |
YURAN PENGAJIAN
(1 Sem ) |
IJAZAH SARJANA MUDA |
RM 2000.00 |
* Tidak termasuk lain-lain yuran tambahan seperti asrama, perpustakaan dll.
CARA MEMOHON
Permohonan untuk mengikuti pengajian di KIAS boleh dibuat melalui Laman Web KIAS atau dengan mengisi borang yang boleh didapati di pejabat KIAS (Dalam Tempoh/Tarikh Yang Akan Diumumkan Kelak) dan dihantar ke alamat berikut :
PENDAFTAR,
KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS),
PETI SURAT 68, KM 12, JALAN KUALA KRAI,
NILAM PURI,
15730 KOTA BHARU, KELANTAN.
TEL: 09-7129 386 / 7129 387 FAKS: 09-7129 444 /09-712 6161
Untuk maklumat lanjut sila emailkan kepada: admin@kias.edu.my

|