P/S: Borang Bukan Akademik Untuk Jawatan Selain
Pensyarah, Borang Akademik
Untuk Jawatan Pensyarah.
Assalamualaikum...
Pihak kami sentiasa mengemaskini halaman yang difikirkan perlu ke arah memperelokkan lagi imej laman web. Oleh itu, kami memohon kemaafan sekiranya terdapat kelemahan pada laman ini...
Harap maklum.
Login:
Webmail KIAS:
E-mel Webmaster:
Status Website: Terbaik dengan paparan Google Chrome, Mozilla Firefox 16 dan Netscape 7.1
(1366 X 768 piksel)
Jika Paparan Server Anda Masih Tidak Mempunyai Flash Player Sila Download Disini
Webcounter:
Anda pelawat ke
semenjak 09 Julai 2006
Untuk mengemukakan pendapat berkenaan website ini, sila isi ruangan Buku Tamu
Abu Huzaifah bin Utbah (meninggal dunia pada tahun 11 Hijrah): Beliau ialah Abu Huzaifah bin Utbah bin Rabiah bin Abdu Syams bin Abdul Manaf. Seorang sahabat dari kalangan Qurays, merupakan orang yang terawal memeluk Islam. Beliau telah berhijrah pada dua hijrah dan sempat bersembahyang menghadap kea rah dua kiblat. Telah menyertai peperangan Badar dan telah gugur syahid di Yamamah. (4/7/2008
11:59:08 AM)
DUA PROGRAM KERJASAMA KIAS DENGAN KUIN DAPAT PERAKUAN AKREDITASI 5/12/2013 | 11:36:25 AM
28 April 2013 - Dua program yang ditawarkan di KIAS iaitu, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian (Kerjasama 4+0 Dengan KUIN) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian (Kerjasama 4+0 Dengan KUIN) telah mendapat Perakuan Akreditasi apabila pihak kolej menerima sijil Perakuan Akreditasi yang dihantar oleh pihak MQA. Dengan adanya sijil Perakuan Akreditasi ini membuka ruang yang lebih cerah kepada bakal graduan dari kedua-dua program kerjasama ini. Pihak kolej akan terus berusaha untuk memberi ruang kepada lepasan-lepasan STAM untuk menimba ilmu di dalam program-program yang ditawarkan dengan jayanya. ------------------------------------------------------------------------------------------------
PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA INGGERIS DI NARATHIWAT,THAILAND. 3/6/2013 | 12:49:13 PM
5 Febuari 2013 - Satu pertandingan International English Speech Contest telah diadakan di Princess of Naradhiwas University,Thailand pada 5 Februari yang lalu.Anjuran bersama persatuan ini telah disertai oleh para pensyarah dan pelajar Bahasa Inggeris. KIAS telah mendapat pencapian cemerlang dalam pertandingan syarahan peringkat antarabangsa ini.Tahniah. ------------------------------------------------------------------------------------------------
ROMBONGAN KE IAIN AR-RANIRY, ACEH, INDONESIA 2/19/2013 | 9:26:30 AM
5 Februari 2013 - Pada 3 hingga 8 Februari 2013, pihak KIAS telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Idris Bin Awang (Timb. Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik), Dr. Mohd Azhar Bin Abdullah (Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Pelajar) dan Ustaz Mohd Zahari Bin Sulaiman (Pegawai Pembangunan Kurikulum dan Akreditasi). Kunjungan tersebut adalah dalam siri usaha pihak KIAS untuk membincangkan isu pertukaran gelar yang dikeluarkan oleh IAIN Ar-Raniry Aceh terhadap lepasan-lepasan Sarjana Muda Usuluddin yang ditukar daripada Usuluddin kepada Tafsir dan Hadis. Kesan dari pertukaran gelar ini menjejaskan kesemua pelajar yang terlibat dari Fakulti berkenaan, bukan sahaja lepasan-lepasan KIAS yang menyambung pengajian ke IAIN Ar-Raniry, Aceh. Langkah yang diambil ini adalah susulan kepada perbincangan yang telah dibuat bersama MQA, KPT dan JPA. Pihak KIAS akan terus berusaha menyelesaikan isu ini dari semasa ke semasa. Selain dari membincangkan isu berkenaan, pihak KIAS juga mencari peluang-peluang baru untuk lepasan-lepasan KIAS menyambung pengajian seperti lepasan Diploma Kewangan Islam, Diploma Pengajian Islam dan sebagainya. Sepanjang berada di IAIN Ar-Raniry, Aceh, rombongan sempat membuat kunjungan ke Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah dan Fakulti Dakwah. ------------------------------------------------------------------------------------------------
Siri Syarahan Kursi Tok Kenali 1/29/2013 | 10:26:47 AM
28 Januari 2013 - Siri Syarahan Kursi Tok Kenali
Kertas episod pertama penulisan untuk Arkib KIAS tentang pendidikan Islam di Kelantan.
-Menghuraikan teori-teori dan pendapat tentang kedatangan Islam ke Kelantan dan pertapakannya dengan membuat satu sintesis terkini.
Penulis/Pembentang: Dr Yaacob B. Haji Yusoff
Hari:Isnin,7 Rabi'ul Akhir 1434/18 Februari 2013
Jam :9.30-11.30 pagi
DK 6 (Dewan Tok Kenali)
Anjuran bersama : Pusat Khidmat Akademik (PKA)
Kursi Tok Kenali (KIAS,Nilam Puri,Kelantan) ------------------------------------------------------------------------------------------------
LAWATAN RASMI PIHAK PENTADBIRAN KUIZM KE KIAS 12/3/2012 | 3:18:34 PM
03 Disember 2012 - Satu lawatan rasmi pihak pentadbiran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) ke KIAS.Tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran kolej. ------------------------------------------------------------------------------------------------
KURSUS KECEMERLANGAN DIRI & MOTIVASI 12/2/2012 | 7:56:31 PM
29 November 2012 - Bermula pada hari Khamis 29 November 2012, satu Kursus Kemerlangan Diri & Motivasi (Team Building) telah dijalankan di ILIM Kawasan Timur yang bertempat di Besut Terangganu. Kursus ini yang berakhir pada hari Sabtu 1 Disember 2012 antara lain ingin meningkatkan jati diri dan peribadi kakitangan KIAS di samping membentuk budaya kerja secara berkumpulan dengan lebih baik. Pengalaman yang ditimba sepanjang kursus ini diharap dapat diamalkan di KIAS dengan baik ke arah meningkatkan lagi reputasi dan budaya kerja yang lebih cemerlang. ------------------------------------------------------------------------------------------------