
Perpustakaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ditubuhkan serentak dengan penubuhan KIAS bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran KIAS itu sendiri. Jumlah koleksi perpustakaan yang terkini telah melebihi 20,000 unit yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan seperti buku, majalah, jurnal, surat khabar, CD-ROM, tesis dan sebagainya. Lebih kurang 90% bahan-bahan di dalam perpustakaan ini adalah dalam Bahasa Arab, manakala yang selebihnya adalah dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina.
| Kembali Ke Atas | 
Menjadi sebuah perpustakaan akademik yang terbaik dalam memenuhi keperluan para pensyarah dan pelajar KIAS dengan menyediakan sumber-sumber maklumat, perkhidmatan dan juga kemudahan yang terbaik di samping sentiasa memantau keperluan pengguna dari masa ke semasa.
| Kembali Ke Atas | 
Menyediakan sumber maklumat, perkhidmatan dan juga kemudahan serta menyokong keperluan pengajaran dan juga pembelajaran pengguna khususnya pensyarah dan pelajar KIAS.
| Kembali Ke Atas | 
Semasa Sesi Pengajian
Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 5.00 petang
8.30 malam – 4.30 petang
Khamis : 9.00 pagi – 4.45 petang
Sabtu : Upon Student's Request
Hari Kelepasan Am : TUTUP
Semasa Cuti Semester
Ahad – Khamis : 8.30 pagi – 4.45 petang
Rehat : 1.00 petang – 2.00 petang
Malam : TUTUP
| Kembali Ke Atas | 
Kakitangan Akademik/Am KIAS
Kakitangan akademik iaitu pensyarah/pengajar dan kakitangan am, secara automatik adalah ahli berdaftar Perpustakaan KIAS.
Siswa/Siswi KIAS
Pelajar-pelajar atau siswa/siswi juga mendapat keahlian Perpustakaan KIAS secara automatik apabila mendaftar sebagai pelajar KIAS.
* Bagi pengguna-pengguna luar yang berminat untuk membuat rujukan di Perpustakaan KIAS, mereka dikehendaki membawa bersama surat permohonan menggunakan Perpustakaan KIAS daripada organisasi masing-masing. Pengguna-pengguna luar tidak dibenarkan meminjam bahan-bahan perpustakaan, tetapi dibenarkan membuat salinan fotokopi bahan.
| Kembali Ke Atas | 
- Koleksi Umum
Koleksi Umum adalah buku-buku yang diletakkan di rak terbuka dan boleh dipinjam oleh pengguna selama tempoh yang telah ditetapkan.
- Koleksi Jurnal
Jurnal akademik digunakan sebagai rujukan di dalam perpustakaan sahaja.
- Koleksi Rujukan
Bahan rujukan terdiri daripada kamus, ensiklopedia, buku panduan dan buku-buku yang mempunyai bilangan koleksi yang terhad sahaja.
- Koleksi Elektronik dan Multimedia
Koleksi ini terdiri daripada cakera padat, CD-ROM dan juga kaset audio yang berkaitan dengan al-Quran, al-Hadith dan Fiqh.
- Koleksi Akhbar dan Majalah
Koleksi akhbar harian dan majalah terkini adalah bahan bacaan ringan dan santai kepada pengguna. Koleksi ini juga boleh mempelbagaikan sumber rujukan pelajar.
- Koleksi Keratan Akhbar
Tajuk-tajuk bagi koleksi keratan akhbar yang disediakan adalah berkaitan dengan isu semasa dan juga tajuk yang berkaitan dengan kursus pengajian di KIAS.
- Koleksi Tesis
Sebahagian besar tesis yang terdapat di perpustakaan ini adalah terdiri daripada tesis pelajar-pelajar KIAS sendiri, manakala selebihnya adalah tesis pelajar dari institusi-institusi lain.
- Koleksi Kertas Peperiksaan Lepas
Kertas-kertas peperiksaan sebenar disediakan untuk pelajar membuat rujukan soalan-soalan lepas.
- Koleksi Kertas Kerja/Seminar
Koleksi Kertas Kerja/Seminar disediakan sebagai bahan rujukan kepada pengguna.
| Kembali Ke Atas | 
-
Perkhidmatan Sirkulasi
Perkhidmatan sirkulasi merangkumi pinjaman dan pemulangan buku, menerima bayaran denda bagi pengguna yang terlewat memulangkan buku yang dipinjam serta menerima bayaran denda bagi kerosakan buku atau mana-mana bahan perpustakaan.
-
Perkhidmatan Internet
Kemudahan melayari internet disediakan untuk pengguna membuat rujukan-rujukan ilmiah. Perpustakaan KIAS juga menyenaraikan laman web bagi tujuan rujukan untuk memudahkan pengguna mengakses maklumat yang berkaitan.
-
Perkhidmatan Multimedia
Perpustakaan menyediakan cakera padat, CD-ROM dan juga kaset audia yang berkaitan dengan Al-Quran, Al-Hadith dan Fiqh.
- Perkhidmatan Fotostat
Perkhidmatan fotostat disediakan untuk memberi kemudahan kepada para pelajar membuat salinan fotokopi.
-
Perkhidmatan Rujukan dan Pendidikan/Pengguna
Pengguna boleh berhubung secara terus dengan kakitangan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat berhubung penggunaan dan pencarian sumber maklumat di perpustakaan.
| Kembali Ke Atas |

Kategori |
Jumlah Bahan |
Tempoh Peminjaman |
Pembaharuan Peminjaman |
Pelajar |
3 |
2 Minggu |
2 kali |
Pensyarah |
5 |
1 bulan |
2 kali |
Kakitangan KIAS |
3 |
1 bulan |
2 kali |
BUKU ROSAK DAN HILANG
Pengguna diminta bekerjasama dalam menjaga bahan perpustakaan yang dipinjam atau yang digunakan daripada rosak ataupun hilang. Jika bahan tersebut didapati hilang atau rosak dalam tempoh pinjaman mereka, maka pihak perpustakaan akan mengenakan tindakan terhadap mereka sama ada:
- Menggantikan buku tersebut
- Membayar harga buku/bahan yang telah hilang atau dirosakkan
PEMULANGAN LEWAT
Kategori |
Kadar Denda / Hari |
Denda Maksimum |
Pelajar |
RM 0.10 |
RM 5.00 bagi tempoh melebihi 1 bulan dan RM 1.00 bagi minggu berikutnya |
Pensyarah |
RM 0.20 |
RM 10.00 bagi tempoh melebihi 1 bulan dan RM 1.00 bagi minggu berikutnya |
Kakitangan KIAS |
RM 0.20 |
RM 10.00 bagi tempoh melebihi 1 bulan dan RM 1.00 bagi minggu berikutnya |
PERINGATAN
Peringatan pertama akan diberikan kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan pada tarikh pulang yang ditetapkan. Peringatan kedua/terakhir akan dikeluarkan satu minggu selepas tarikh pulang yang sepatutnya. Sekiranya peminjam belum memulangkan buku selepas peringatan terakhir, denda maksimun akan dikenakan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan kelewatan pemulangan buku sekaligus meminimakan jumlah denda yang perlu dibayar kepada pihak perpustakaan. Ia juga bertujuan mengelakkan kes buku rosak atau hilang.
| Kembali Ke Atas | 
-
Kad matrik hendaklah sentiasa dipakai semasa memasuki/berada di dalam perpustakaan.
-
Dilarang membawa topi keledar, beg, payung, bungkusan, makanan dan minuman masuk ke dalam perpustakaan.
-
Berpakaian kemas, sopan dan menutup aurat ketika memasuki perpustakaan.
-
Semua fail, kertas, alat tulis dan beg tangan yang hendak dibawa masuk hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada kekitangan bertugas.
-
Merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan adalah dilarang.
-
Ditegah mengganggu pengguna lain dan membuat bising dalam perpustakaan. Kakitangan perpustakaan berhak menyuruh mana-mana pengguna keluar daripada perpustakaan jika mereka didapati menyebabkan sesuatu gangguan.
-
Dilarang menyorokkan bahan perpustakaan.
-
Pengguna tidak dibenarkan sama sekali memindahkan bahan-bahan perpustakaan dari satu koleksi ke satu koleksi tanpa pinjaman.
-
Letakkan buku yang telah digunakan di atas troli yang disediakan supaya tidak ditinggalkan bersepah-sepah di atas meja.
-
Semua bahan perpustakaan yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan hendaklah ditunjukkan dahulu kepada kakitangan yang bertugas di kaunter perkhidmatan.
-
Hendaklah off telefon bimbit/merendahkan nada deringan semasa berada di dalam perpustakaan.
-
Mereka yang melanggar peraturan perpustakaan boleh dikenakan denda atau digantung keahlian.
| Kembali Ke Atas |
PERINGATAN:
- Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menentukan bahawa tiada halaman yang koyak pada bahan yang hendak dipinjam sebelum membuat pinjaman.
-
Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak meminjam bahan sekiranya terdapat halaman yang terkoyak. Sebaliknya memberitahu/serahkan bahan tersebut kepada kakitangan yang bertugas di kaunter.
Bersama kita memakmurkan Taman Ilmu Perpustakaan KIAS |