Salah satu syarat kemasukan belajar di IPTA ialah pelajar lepasan SPM dan lain-lain lepasan diwajibkan lulus peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) kendalian Majlis Peperiksaan Malaysia.
Terdahulu ramai pelajar telah menduduki peperiksaan ini tetapi sebahagian besar gagal mencapai tahap kelulusan yang melayakkan mereka ke IPTA iaitu paling minima mencapai Level 3. Disebabkan tanpa bimbingan dan persediaan rapi apabila mengambil MUET pelajar tertekan untuk mendapatkan keputusan yang baik. Memandangkan hakikat ini seakan menjadi tanggungjawab KIAS mewujudkan peluang belajar bagi sesiapa yang berminat serta memberi harapan yang positif lulus peperiksaan MUET dan seterusnya merealisasikan hasrat mereka ke IPTA tempatan.
Kursus ini dijalankan 2 kali setahun selaras dengan penjadualan peperiksaan MUET iaitu pada bulan Mei dan Oktober. Selain dari pelajar KIAS, kursus ini juga dibuka kepada orang awam termasuk pelajar persendirian.
Melalui kursus ini diharapkan para peserta dapat mencapai objektif-objektif berikut:
Membuat persediaan menduduki peperiksaan MUET dengan lebih terancang serta berkeyakinan lulus dengan baik.
Mendapat bimbingan professional untuk memantapkan pengetahuan dan penggunaan Bahasa Inggeris serta menguasai teknik menghadapi peperiksaan.
Menggalakkan peserta berinteraksi dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
Mewujudkan semangat dan budaya berdaya saing di kalangan peserta kearah kecemerlangan
Kursus ini dilaksanakan sepenuhnya berasaskan sukatan kurikulum yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran:
Modul 1
Listening
Modul 2
Speaking
Modul 3
Reading and Comprehension
Modul 4
Writing
Kursus ini dijalankan dalam dua sesi iaitu pada tempoh 5 bulan bagi setiap sesi. Jumlah jam bagi setiap sesi ialah 80 jam. Modul 1 hingga 4 akan diajar dalam setiap sesi iaitu:
Sesi I
November
Sesi II
Mei
Peserta boleh memilih antara dua sesi dan kuliah bagi setiap sesi akan diadakan pada hari-hari dan waktu berikut:
Jumaat
9.00 a.m - 11.00 a.m
Sabtu
9.00 a.m - 11.00 a.m
Kuliah akan bermula seperti berikut:
Sesi I
(Jumaat) November 2007
Sesi II
(Jumaat) Mei 2008
Bayaran yuran yang dikenakan ialah RM 500.00 bagi pakej 5 bulan serta yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00. Semua yuran hendaklah dijelaskan sebelum mengikuti kursus. Peserta boleh memohon untuk membayar yuran pengajian dengan cara dua kali bayaran dengan syarat membayar RM 260.00 semasa mendaftar dan baki RM 250.00 dijelaskan pada bulan ketiga pengajian.
Tenaga pengajar yang berkelayakan serta berpengalaman luas dalam pengajaran Bahasa Inggeris terdiri dari:
A. Rahman b. Ramli
BA (Hons) University Malaya
MSc. Sosiology of Education
London School of Economics
University of London
Nur Azwani bt Mansor @ Nordin
BA (Hons) Human Science
International Islamic University Malaysia (UIAM)
Kuala Lumpur.
Pendaftaran dibuka mulai sekarang untuk kedua-dua sesi. Bagi memudahkan pengambilan peperiksaan MUET peserta dikehendaki mengisi borang peperiksaan MUET semasa pendaftaran. Peserta dikehendaki membawa sijil asal bagi tujuan berkenaan.