Pengurusan
Program Pengajian Akademik Pentadbiran Galeri Unit-Unit Pertanyaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 






Pengenalan KIAS

 

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi swasta (IPTS) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN).

Penubuhan KIAS merupakan inspirasi Kerajaan untuk menjadikan Kelantan negeri Serambi Mekah sebagai pusat penyebaran, perkembangan dan pembudayaan ilmu dan syiar Islam yang tersohor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

KIAS telah mendaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) di bawah Kementerian Pengajian TInggi dan mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) untuk program-program pengajiannya.

Lokasi Kampus

Kampus KIAS terletak di Nilam Puri iaitu di kilometer 12 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai. Ia terletak dalam "Zon Ilmu" yang diisytiharkan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Di situ juga terletaknya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Masjid Kampung Laut yang merupakan sebuah masjid tertua di negeri Kelantan . Sila klik Peta

Objektif

  • Menyediakan peluang pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama / Arab.
  • Mendidik dan membentuk generasi muslim agar menjadi insan yang bertakwa melalui satu cara pendidikan yang berteraskan ilmu yang berpaksikan Tauhid bagi melahirkan generasi profesional yang berilmu, bertaqwa dan berbudaya mulia untuk menghadapi cabaran semasa.
  • Melahirkan para cendiakawan muslim yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani.

Falsafah

Kepercayaan bahawa semua manusia mempunyai bakat, minat dan kecenderungan dan jika diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui pemindahan ilmu pengetahuan dari mana-mana kebudayaan atau tamadun di dunia secara terbuka serta melalui pemindahan dan penerapan nilai-nilai Islam, boleh berperanan dalam membangun diri, masyarakat dan negara.

Misi

Membangun generasi Islam supaya menjadi profesional, berilmu, bertaqwa dan berbudaya mulia.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang KIAS, sila hubungi kami di:

Telephone

609 - 7129 386, 7129 387

Faks

609 - 7129 444

Alamat

Pendaftar

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Peti Surat 68, Nilam Puri

15730 Kota Bharu

Kelantan

         

Email

General Information: admin@kias.edu.my  

 

 

hakcipta terpelihara© 2005-2008 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
[ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]