| Dakwah asal dari perkataan arab:
دَعَا يَدْعٌوْ دَعْوَةً
Maknanya seru, panggil, ajak, kempen. Seru supaya menerima Islam sebagai pegangan dan amalan. Dalam loghat Kelantan yang mudah kita sebut pau’. Seruan tidak sama dengan makluman. Malah ia lebih luas dan mempunyai maknanya yang tersendiri. Seruan mengandungi usur “minta hadir dan bersama”. Seruan azan umpamanya, bukan sekadar makluman, kalau tidak datang ke masjid untuk sembahyang tak apa, bukan begitu. Seruan azan sesungguhnya memberitahu masuk waktu sembahyang, minta keluar dari rumah masing-masing hadir ke masjid dan sembahyang bersama-sama. Begitulah makna seruan dakwah iaitu minta datang menerima Islam serta berpegang dan beramal dengannya. Kalau sekadar maklum tidak dipanggil dakwah yang sempurna. Sebab itu guru yang hanya mengajar tanpa mengambil peluang “menyeru” bukanlah guru yang telah melaksanakan tuntutan dakwah. Dakwah tidak semestinya bercakap. Maknanya, orang yang tidak pandai bercakap tidak boleh berdakwah. Gambaran ini salah. Dakwah ialah mawqif sikap. Bodi seseorang yang mengamalkan Islam ialah dakwah bergerak. Ia dipanggil qudwah ikutan. Perlu difahami, tuntutan berdakwah dalam Islam ialah tuntutan bersama. Maknanya setiap orang bertanggungjawab tidak kira apa pangkatnya, dari bawah sampai ke atas. Tidak ada ruangan untuk seseorang itu berkata: saya tidak! Kelebihan berdakwah dapat dilihat dalam ayat al-Quran ini: 
Difahami dari ayat di atas, bahawa ucapan atau kata-kata yang terbaik ialah ucapan dan kata-kata yang mengandungi makna dakwah yang digabungkan dengan amalan.
Disediakan oleh
Dr. Hilaluddin bin Abdullah
|