Ruangan E-Tazkirah Laman Web Rasmi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
 


Kemaskini: 10 Disember 2006 - Tazkirah (07) : 2006

KESEMPURNAAN DAKWAH NABI SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

          Sebelum terjun lebih jauh ke bidang dakwah, seseorang muslim atau muslimah sewajibnya mengetahui kesempurnaan dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Kesempurnaan dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam di sini bermaksud peringkat-peringkat dakwah yang dilalui oleh baginda sallallahu 'alaihi wasallam semasa hidupnya.

          Secara ringkas kita lihat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam berdakwah kepada anggota keluarga yang terdekat terlebih dahulu. Kemudian makin meluas sehingga akhirnya dapat membina sebuah negara Islam yang tugas nombor satunya ialah menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada semua penduduk dunia. Rumusan dakwah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ini dapat dilihat seperti di bawah.

Bil.
Peristiwa
Bil. Tahun
Peringkat
1.
Bermula lahir sehingga dilantik menjadi nabi.
40 tahun
Latihan
2.
Dilantik menjadi nabi sehingga turun ayat : æÃäÐÑ..
3 tahun
Dakwah Tanzim rahsia.
3.
…sehingga tahun ke-10 kenabian
7 tahun
Dakwah terang-terangan dan tanzim tetap rahsia.
4.
Tahun ke-10 hingga ke tahun ke-14 kenabian (iaitu 27 safar)
3 tahun
Peringkat mendirikan kerajaan Islam.
5.
Hijrah sehingga Perjanjian Hudaibiah iaitu tahun 6 hijrah.
6 tahun
Peringkat mengasas kerajaan Islam.
6.
Perjanjian Hudaibiah sehingga kewafatan Nabi iaitu tahun 11 hijrah.
4 tahun
Peringkat penyebaran Islam besar-besaran.
Jumlah semua sama umur Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.
63 tahun
Mekkah 13 tahun
Madinah 10 tahun.

oleh : Dr. Hilaluddin bin Abdullah

Previous
Next

 
hakcipta terpelihara© 2005-2006 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
[ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ]