Mesyuarat Lembaga Pengarah KIAS Darul Naim Sdn. Bhd. (KDSB) bilangan 3/2005 yang bersidang pada 19 Disember 2005 bersetuju supaya Unit Pembangunan Insan ditubuhkan untuk menjadi pemangkin kepada usaha membina dan memperkasakan reputasi KIAS sebagai sebuah IPTS yang berwibawa. Pembinaan modul yang merangkumi tiga aspek utama iaitu akidah, ibadah dan akhlak dengan pelbagai aktiviti yang dikelolakan oleh Unit Pembangunan Insan KIAS ini diharapkan dapat membentuk budaya KIAS yang mempunyai imej, misi dan visi yang jelas.
Di antara objektif yang ingin dicapai dari penubuhan Unit Pembangunan Insan KIAS ini ialah:- Memperkasakan reputasi KIAS sebagai sebuah institusi ilmu yang berwibawa. Menyebarkan ilmu kepada masyarakat dalam pelbagai peringkat. Memberi kemahiran dan latihan kepada masyarakat dalam pelbagai bidang.
Unit ini akan dikendalikan oleh Bahagian Akademik KIAS (Pejabat Ketua-Ketua Jabatan). Ahli jawatankuasa unit ini adalah seperti berikut:-
Program-program yang akan dijalankan oleh unit ini adalah:-
Modul-modul setiap program dibina dengan mengambil kira pandangan-pandangan tenaga akademik KIAS.
Unit ini akan beroperasi di Pejabat Ketua-Ketua Jabatan di mana satu bilik khas akan disediakan. Kemudahan-kemudahan lain seperti telefon, fotostat, internet dan peralatan-peralatan yang lain akan diguna sama dengan kemudahan sedia ada pejabat jabatan.
Dengan kepakaran tenaga akademik dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada di KIAS unit ini akan dapat memainkan peranan sebaik mungkin. Adalah diharapkan semua kakitangan KIAS dapat bekerja dalam satu pasukan kerana dengan cara ini idea-idea dan tenaga yang ada dalam organisasi ini dapat ditumpukan kepada usaha-usaha mejayakan KIAS. Matlamat KIAS seharusnya didahului dengan matlamat diri.
Disediakan oleh, Shafwan bin Ismail 09 Safar 1427 / 09 Mac 2006 |
||||||||
hakcipta terpelihara© 2005-2006 - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) [ IPTS070-KP (JPS) 5195 / IPTS / 1007 ] |