πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π‹π€ππ“π€π π•πˆπ‘π“π”π€π‹ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜ (πŠπ•π”) ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π‰π€π‘πˆππ†π€π πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπˆπ€π’

Pada 27 Oktober 2026, pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kelantan Virtual University (KVU) bertempat di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, KIAS. 

Kunjungan hormat ini diketuai oleh YABrs. Prof. Madya (Kehormat) Dr. Mohd. Zarawi bin Mat Noor, Pensyarah Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) bersama delegasi termasuk YBrs. Prof. Ts. Dr. Titik Khawa Abdul Rahman, Profesor Adjung Asia e University, YBrs. Dr. Hasnah binti Ab Kadir, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Dan Pengajian Δ°nsan UMK, YBrs. Dr. Taqiuddin bin Δ°brahim, Mantan Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, YBrs. Dr. Azizi bin Umar, Pengarah ILDAN, Tn. Hj. Soleh bin Δ°brahim, Timbalan Pengarah (Akademik & Pendidikan) ILDAN serta Puan Radin Seri Nabahah binti Ahmad Zabibi, Penolong Pengarah (Jaringan, Penyelidikan dan Pengajian Lanjutan) ILDAN.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh barisan pengurusan tertinggi KIAS yang diketuai oleh Rektor KIAS, YBhg. Prof. Dr. Mazlan bin Ibrahim. Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Nurul Akma bt Mohamed (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) serta Tuan Haji Mohd Zahari bin Sulaiman (Pendaftar).

Tujuan utama kunjungan ini diadakan bagi membincangkan usaha mengeratkan hubungan strategik, platform perkongsian kepakaran, serta meneroka potensi kerjasama yang lebih erat dalam bidang akademik dan pentadbiran institusi. Perbincangan berlangsung dalam suasana mesra dan produktif, mencerminkan komitmen kedua-dua belah pihak dalam memacu kecemerlangan pendidikan di Kelantan.

#disinilahirnyagenerasirabbani