Zakat dan wakaf merupakan dua instrumen penting dalam pembangunan sosioekonomi ummah. Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang berperanan mendidik generasi muda dengan ilmu dan akhlak, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bertanggungjawab memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memanfaatkan potensi zakat dan wakaf. Penubuhan Sekretariat Zakat dan Wakaf ini diharap menjadi platform untuk menyokong pembangunan pendidikan, kebajikan pelajar, serta masyarakat sekitar melalui pengurusan dana yang efisien dan sistematik.
Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan berzakat dan menjadikan KIAS sebagai agen kutipan zakat.
Menggalakkan sumbangan wakaf khususnya untuk pembangunan infrastruktur KIAS dan bantuan pendidikan pelajar.
Membantu pelajar yang memerlukan, terutama golongan asnaf, melalui bantuan kewangan, biasiswa, atau pembangunan fasiliti.
Mengadakan program kesedaran tentang zakat dan wakaf kepada pelajar dan masyarakat.
Memanfaatkan dana wakaf untuk projek pembangunan jangka panjang yang bermanfaat kepada komuniti.
Membantu aktiviti promosi zakat dan wakaf melalui media baru dan kemudahan akses pembayaran zakat dan wakaf yang berpusat di bawah pengurusan Sekretariat Zakat dan Wakaf KIAS (SZWK).
