Tadika KIAS Imtiyaz
TADIKA KIAS IMTIYAZ
Tadika KIAS Imtiyaz mula beroperasi pada 1 Januari 2016 sebagai pusat kecemerlangan kanak-kanak di dalam kawasan kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Pada awalnya beroperasi di rumah banglo dengan kemudahan asas pembelajaran, tadika ini berpindah ke bangunan baharu pada 1 September 2020.
Matlamatnya adalah meningkatkan kemahiran, keyakinan diri serta membentuk konsep kendiri positif melalui aktiviti kreatif dan bermakna. Misinya menanam rasa kasih sayang terhadap ilmu serta menyediakan pengalaman pembelajaran awal yang menyeronokkan dan berkesan.
Kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Prasekolah 2026 dengan penambahan kandungan berteraskan Islam.
Pembelajaran memfokuskan perkembangan kognitif, fizikal, spiritual dan sosioemosi melalui pelbagai kaedah pengajaran berasaskan tahap keupayaan kanak-kanak, termasuk pendekatan belajar melalui bermain. Sesi pembelajaran berlangsung dari 8.30
pagi hingga 12.30 tengah hari dengan pilihan pakej penjagaan sehingga petang. Penekanan turut diberikan kepada penerapan nilai Islam, penggunaan bahasa yang baik serta pembentukan akhlak melalui amalan harian dan ibadah.
Maklumat lanjut: wasap.my/601129222047/tadikakiasimtiyaz
