Kelas Talaqqi Qiraat Al-Quran Bersanad (PERGERAQ)
Pusat Kursus Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (PKPII)
MUQADDIMAH
Suatu yang tidak boleh disangkalkan, bahawa metod utama dalam menerima dan mengambil al-Quran oleh imam qurra’ dan para ulama’ adalah dengan jalan talaqqi dan al-musyafahah (membaca secara bersemuka) dan bersandar kepada sanad yang silsilahnya sampai kepada Rasulullah agar keaslian ilmu terpelihara. Justeru Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam (PKPII) merasakan amat wajar menjadikan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai satu platform kepada masyarakat dalam mendalami ilmu al-Quran secara talaqqi dan musyafahah dengan menawarkan Kelas Talaqqi Qiraat al-Quran Bersanad (KQTA). Ini juga bertepatan dengan kehendak seamasa masyarakat kita yang amat memerlukan bimbingan dan intensif daripada pakar yang bersanad dan berwibawa dalam bidang tersebut.
OBJEKTIF
- Mewujudkan pembelajaran dan pengajian al-Quran dengan manhaj talaqqi dan musyafahah yang benar iaitu berhadapan dengan guru yang sudah diverifikasi bacaannya.
- Menambah pengetahuan peserta tentang ilmu tajwid dan ilmu Qiraat melalui pembentangan tajwid dan ilmu Qiraat daripada pakar dalam bidang tersebut.
- Melahirkan guru-guru al-Quran yang berkualiti dan berwibawa dan dianugerahkan sanad talaqqi al-Quran bersambung kepada Rasulullah s.a.w.
TEMPOH PENGAJIAN
Modul | Tempoh Pengajian |
1 | 4 bulan |
2 | 5 bulan |
3 | 4 bulan |
4 | 5 hulan |
5 | 4 bulan |
6 | 5 bulan |
KANDUNGAN KURSUS
Talaqqi :
Peserta akan bertalaqqi al-Quran mengikut juz yang telah ditetapkan sepertimana berikut :
Modul | Bacaan Juzu’ |
1 | 1-5 |
2 | 6-10 |
3 | 11-15 |
4 | 16-20 |
5 | 21-25 |
6 | 26-30 |
Kelas Tajwid :
Pembentangan kertas kerja berhubung ilmu tajwid bagi riwayat Hafs akan diadakan sebanyak dua kali setiap modul. Semua peserta dikehendaki hadir pada sesi pembentangan tersebut yang akan dijalankan selama 2 jam setiap pembentangan. Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam sesi pembentangan tersebut ialah :
Tajuk | Modul |
1. Pengenalan Ilmu Tajwid Isti’azah 2. Basmalah 3. Hamzah Wasal 4. Hamzah Qata’ 5. Nun Sakinah Dan Tanwin 6. Mim Sakinah | 1 |
1. Makhraj Huruf 2. Sifat Huruf | 2 |
1. Mad Dan Qasr | 3 |
1. Waqaf Dan Ibtida’ | 4 |
1. Lahn 2. Takbir 3. Sujud Tilawah 4. Perbezaan Tariq al-Syatibi Dan Jazari 5. Tafkhim Tarqiq | 5 |
TENAGA PENGAJAR
Tenaga pensyarah terdiri daripada pensyarah KIAS. Mereka adalah ;
Guru Talaqqi :
- Ustaz Wan Ismail Bin Abd. Halim
- Ustaz Mohd Nurul Hisyam Bin Mohamed
- Ustaz Ahmad Mukhlis Bin Mustaffa
- Ustaz Anuwa Bin Che Othman
- Ustaz Shamsuddin Bin Taib
- Ustaz Ahmad Afifi Bin Fauzi
- Ustaz Irfan Bakti Bin Mohamed
- Ustaz Md Saifullah Bin Nik Abdullah
- Ustaz Mohamad Asyraf Bin Mohd Anuar
- Ustaz Mohamad Shafiz Zulfika Bin Sa’ari
- Ustaz Mohamad Zul Ikhwan Bin Zahari
- Ustaz Mohd ismani Bin Yusoff
- Ustaz Mohd Rahimi Bin Abdul Rahim
- Ustaz Mohd Taufiq Bin Mohamed
- Ustaz Muhammad Amirullah Bin Rusli
- Ustaz Zamani Bin Ibrahim
Guru Tajwid :
- Ustaz Muhammad Amiri Bin Ab. Ghani
- Ustaz Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail
- Ustaz Dusuki Bin Abdul Rahman
- Ustaz Ahmad Muhklis Bin Mustaffa
- Ustaz Mohd Nurul Hisyam Bin Mohamed
WAKTU KELAS
Kelas akan diadakan sepertimana berikut :
Hari : Jumaat / Sabtu
Slot waktu antara
( 8.30pg – 12.30tgh @ 2.30 – 6.30ptg )
YURAN
Bayaran yuran yang dikenakan bagi SETIAP MODUL termasuk nota pengajian adalah sebagaimana berikut;
Yuran Pendaftaran : RM 50.00
Yuran Pengajian : RM 375.00
Bayaran boleh dibuat secara ansuran. Bayaran ansuran pertama RM125.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.
Sekiranya peserta belum khatam pada modul keenam, bayaran yuran sebagaimana berikut :
- RM 375.00 / 1 modul ( 4 jam 30 minit bacaan talaqqi )
PENILAIAN
Penilaian ke atas penguasaan dan kemahiran peserta dalam membaca al-Quran akan dijalankan setiap selepas 5 bulan KQTA berjalan dengan mengadakan peperiksaan berikut :
- Syafawi (40%) Bertulis (60%)
IJAZAH SANAD & SIJIL PENGAJIAN
Sijil akan diberikan mengikut kategori berikut :
- Sijil Akuan Talaqqi Qiraat Al-Quran bagi setiap 10 juz yang dibaca.
- Ijazah Sanad Talaqqi Qiraat al-Quran : Peserta yang khatam pengajian talaqqi Qiraat al-Quran bermula surah al-Fatihah hingga surah al-Nas dengan syarat tambahan iaitu menduduki ujian syafawi dan bertulis serta memperolehi pencapaian dalam peperiksaan sekurang-kurangnya 80% dan ke atas.
- Sijil Akuan Talaqqi Qiraat Al-Quran Surah Al-Fatihah hingga Surah al-Nas : Peserta yang khatam pegajian talaqqi Qiraat al-Quran dan tidak mengambil peperiksaan.
