Istiadat Konvokesyen
ISTIADAT KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) KALI KE-26
Pihak KIAS merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas kejayaan saudara/i menamatkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) serta layak dianugerahkan Ijazah/ Diploma sempena Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-26.
JEMPUTAN MENGHADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN KIAS KALI KE-26 DAN PENGESAHAN KEHADIRAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-26 akan berlangsung pada:
Tarikh Raptai :
Tempat :
Masa :
Tarikh Istiadat :
Tempat :
Masa :
Pendaftaran Sidang Pertama –
Pendaftaran Sidang Kedua –
28 Rabiulawal 1448H / 10 September 2026 (Khamis)
Dewan Johor, Kampus B, KIAS
09.00 pagi
30 Rabiulawal 1448H / 12 September 2026 (Sabtu)
Dewan Johor, Kampus B, KIAS
07.30 pagi
01.30 tengah hari
Sehubungan dengan itu, saudara/i dan dua (2) orang ahli keluarga dijemput untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-26 mengikut sidang. Pas masuk ahli keluarga akan diberi semasa pengambilan jubah konvokesyen.
Graduan boleh memuat turun Surat Jemputan ke Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-26, Senarai Nama Graduan dan Buku Panduan dan Peraturan Istiadat Konvokesyen di pautan yang tersedia di bawah.
Graduan dikehendaki menyemak senarai nama graduan sebelum mengesahkan kehadiran.
Pengesahan kehadiran graduan ke Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-26 boleh disahkan di pautan yang disediakan. Pengesahan kehadiran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2026 (Sabtu).
Diharapkan semua graduan dapat memberikan kerjasama. Terima kasih.
Tahniah atas kejayaan yang cemerlang.
~Jawatankuasa Jemputan Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-26
