Testimoni Alumni


Alhamdulillah dan syukur kepada Allah Taala. Berkat didikan para murabbi dan pensyarah di KIAS, graduan MDI-KIAS diberikan kepercayaan dalam pelbagai organisasi dan masyarakat.

Sebagai lulusan ijazah kedoktoran pertama dari MDI-KIAS (2018), saya melihat kombinasi pensyarah yang pakar lagi alim, ilmu yang mendalam, kefahaman yang mantap, penghayatan akhlak yang mulia, tarbiyah haraki yang mendasar dan biah yang solehah menjadi asbab kemenjadian graduan dan melayakkan mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi di mana-mana IPTA atau IPTS.

Demikian juga pengalaman dalam PMKIAS meletakkan graduan MDI-KIAS mampu bersaing dan berdiri sebaris dengan lulusan dari universiti dan kolej yang lain. Bakat kepimpinan yang berkaliber dan kebolehan yang sentiasa digilap membolehkan para graduan mendapat tempat yang baik dan berada di barisan hadapan. Antara taklifan yang telah diamanahkan kepada saya:

1. Pengerusi Pertubuhan Pendidik Ummah Perak
2. Timbalan Ketua Pengarah SMITI Malaysia
3. Pengarah SMITI Negeri Perak
4. ALP dan Pengerusi JIBG SRITI Muallim
5. Pengerusi SMITI Muallim
6. Setiausaha NGO Amal dan Dakwah Muallim dan lain-lain
7. Guru Cemerlang, Jurulatih Utama dan Ketua Guru Disiplin peringkat sekolah

Semoga penarafan KIAS sebagai sebuah Kolej Universiti adalah langkah yang tepat dan merupakan satu pengikrirafan di atas usaha gigih bersepadu dan komprehensif selama ini. Semoga KIAS terus cemerlang dalam mencetak para graduan yang hebat dalam pelbagai bidang sesuai dengan keperluan semasa. Amiin
Dr Khaled Mat
(1999 - 2002)

Pengalaman saya belajar di KIAS adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai harganya. Sepanjang pengamatan saya, saya melihat pensyarah-pensyarah KIAS bukan sahaja mengajar subjek-subjek akademik, bahkan lebih daripada itu, mereka mendidik dan membimbing mahasiswa dengan penuh dedikasi dan tanpa mengenal penat. Sistem pengajian KIAS yang digunapakai adalah sesuai dan memenuhi kehendak pasaran kerja dan membina modal insan yang berwibawa.
Hj. Abdul Fatah Hj. Jaafar
(Penolong Pengurus Komunikasi Korporat) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

1. KIAS merupakan pusat pengajian tinggi yang berpotensi besar untuk melahirkan generasi Rabbani
2.KIAS dapat menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman luas dan berkualiti
3. KIAS juga dapat menyediakan selibus pengajian yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan masa depan
4.KIAS berjaya mengembelingkan tenaga muda dan veteran sebagai saf kepimpinan, pengurusan dan pengajar
Ahmad Humaizi Bin Abdul Wahab
Guru bahasa Arab (Guru Kementerian Pendidikan Malaysia)

Saya bersyukur kerana ditakdirkan menjadi warga KIAS, belajar dan mengajar. Pengalaman belajar tahun 2000-2003 banyak membentuk menjadi saya pada hari ini. Menimba ilmu dari para guru yang ikhlas, berorganisasi, belajar jatuh bangun dalam pengurusan, dan akhirnya keluar berada dalam masyarakat. Terima kasih KIAS, tidak terbalas budi dan jasa serta pastinya akan dikenang sepanjang hayat.
YB Ahmad Fadhli bin Shaari
Ahli Parlimen Pasir Mas

PENGALAMAN BELAJAR DI KIAS :
1. Mendapat didikan dan tarbiah daripada Pensyarah yang ikhlas dan berilmu tinggi.

2. Pendidikan di kuliah dimantapkan lagi dengan program2 tarbiah yang mengutamakan aspek tarbawi dan pembangunan jatidiri Islami.

3. Penglibatan aktif dalam PMKIAS memberi pengalaman sangat berguna khususnya dalam pembinaan kepimpinan diri, jelas ianya sangat berguna apabila berada di alam kerjaya pada masa kini disamping memperolehi ilmu komunikasi berkesan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

4. Ilmu yang diperolehi ditarbiah untuk dikongsi bersama dengan masyarakat sekitar KIAS melalui kuliah2 yg disusun PMKIAS dgn kerjasama pihak masjid dan surau2 disamping memberi latihan untuk lebih berani dan punya keterampilan diri berada di tengah khalayak masyarakat.

5. Program tarbiah yang rancak di KIAS pada masa itu bukan sahaja dapat melahirkan mahasiswa yg berpelajaran tinggi tetapi dapat melahirkan tenaga daei kepada masyarat yg punyai fikrah Islam yg jelas disamping mempunyai semangat dan roh juang Islam yang tinggi dlm mendepani arus globalisasi dan cabaran dunia moden masa kini.
Hj. Abdul Fatah Hj. Jaafar
(Penolong Pengurus Komunikasi Korporat) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Istimewanya KIAS kerana disini tempat gedung-gedung ilmu para ulama warasatul anbia dan disini tempat lahirnya insan2 yang hebat diseluruh dunia khususnya ditanah air tercinta
Ust Wan Mohd Firdaus Bin Wan Hussin
Pegawai Maik