Tadika KIAS Imtiyaz

TADIKA KIAS IMTIYAZ

PENGENALAN TADIKA KIAS IMTIYAZ

Tadika KIAS Imtiyaz mula beroperasi pada 1/1/2016. Tadika KIAS Imtiyaz turut berfungsi sebagai pusat kecemerlangan kanak-kanak. Premis tadika adalah sebuah rumah banglo yang terletak di dalam pagar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Terdapat 3 bilik kelas, 3 tandas, 1 dapur, 1 bilik pejabat dan 1 bilik rehat dan rawatan. Antara kemudahan yang disediakan adalah televisyen dan ruang beriadah. Tadika KIAS Imtiyaz diuruskan oleh pengurus tadika dan dibantu oleh 2 orang guru tadika. Pada 1/9/2020, Tadika KIAS Imtiyaz telah berpindah ke bangunan baru.

Matlamat Tadika KIAS Imtiyaz adalah  meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan , kreatif dan bermakna. Misi tadika ialah menanamkan rasa sayang dan pengetahuan kepada generasi muda. Selain itu, tadika  diharap dapat memberi dan menyediakan kepada kanak-kanak pengalaman yang menarik dan efektif dengan menggunakan kaedah yang terbaik di alam pendidikan awal.

Pada awal penubuhan pengurusan tadika berada dibawah Jabatan Pengajian Islam. Jabatan Pengajian Islam mempunyai diploma pendidikan awal kanak-kanak. Tujuan penubuhan tadika adalah berfungsi sebagai makmal penyelidikan kepada pelajar-pelajar diploma pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, tadika berperanan memberi kemudahan kepada staf KIAS untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika. Pada tahun 2018, tadika telah bertukar pengurusan kepada Bahagian Korporat KIAS. Bahagian Korporat KIAS mengambil alih pengurusan dan pentadbiaran tadika. Bahagian Korporat KIAS masih menjalin kerjasama dengan Jabatan Pengajian Islam terutama daripada segi akademik. Nama tadika telah diubah kepada Tadika KIAS Imtiyaz pada tahun 2018 sehingga kini.

KURIKULUM

Tadika KIAS menggunakan kurikulum seperti yang direka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Prasekolah  Kebangsaan 2017 (KSPK 2017).  Jesteru itu, silibus adalah berdasarkan kurikulum tersebut dan ditambah mengikut acauan Tadika KIAS.

Terdapat 7 subjek yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, English, Sains, Matematik, Pendidikan Islam Dan  Bahasa Arab dan Jawi. Terdapat juga  tambahan kurikulum iaitu iqra’ , hafazan surah, doa-doa harian, amali solat dhuha dan solat fardu. 

Tadika KIAS memfokuskan pada 4 perkembangan iaitu kognitif, fizikal, spiritual dan sosio emosi. Guru-guru tadika  pulak melaksanakan dan mengaplikasikan pelbagai methodologi pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai di dalam kelas mengikut kemampuan aras pengetahuan kanak-kanak.   

Bagi sesi pembelajaran dan pengajaran , bermula pada 8.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari.  Diikuti sesi petang adalah daydare.  3 pakej ditawarkan oleh Tadika KIAS iaitu pakej A dari pukul 7.30 sehingga 12.30 tengah hari, pakej B dari 7.30 pagi hingga 3.30 petang dan pakej C dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Bermain adalah lumrah semualajadi kanak-kanak. Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat. Tadika KIAS turut menggalakkan kanak-kanak untuk bermain dan mengekplorasi persekitaran apabila bermain bersama rakan-rakan melalui aktiviti free play.  

Tadika KIAS menekankan penerapan nilai-nilai islam dalam kehidupan. Guru sentiasa  bercakap menggunakan  bahasa yang  baik. Kanak-kanak akan sentiasa digalakan bercakap menggunakan bahasa yang baik dan akhlak yang bagus. Doa-doa harian dan surah pilihan yang menjadi amalan di tadika. Selain itu amali solat dhuha dan fardu  sering di praktikkan untuk memastikan kanak-kanak dapat menerapkan rasa sayang tentang Islam.