Perjumpaan Tetamu Daripada UIN SUSKA Riau, Indonesia Bersama Dekan Fakulti Pengajian Islam Kontemporari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Pada 23 September 2024, pihak UIN SUSKA Riau telah mengadakan kunjung hormat ke KIAS yang dihadiri sendiri oleh YBrs. Dr. Shafwan bin Ismail, Dekan Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, KIAS dan Ustaz Ahmad Syakir bin Mohd Nassuruddin, Ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan Halal.
Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh beberapa pegawai dari UIN SUSKA Riau iaitu Prof. Dr. Zubaidah Amir MZ. M.Pd. (Wakil Dekan 2 FTK UIN Suska Riau), Dr. Amirah Diniaty, M.Pd., Kons. (Wakil Dekan 3 FTK UIN Suska Riau), Khalilullah, M.Ag. (Kapus Pengabdian Masyarakat LPPM UIN Suska Riau) serta dua orang mahasiswa.
Antara tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai kolaborasi akademik di antara UIN SUSKA Riau dan KIAS bagi program yang sesuai.