Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Universitas Islam Negeri (UIN) Mahmud Yunus Batusangkar
Pada 9 Oktober 2024, majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Universitas Islam Negeri Mahmud Yunus Batusangkar, Indonesia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, Bangunan Pendaftar. Usaha ini merupakan langkah penting bagi memperkukuh kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.
MoU ini adalah kali kedua diperbaharui bagi memperkukuh dan memperluas ruang lingkup kerjasama antara kedua-dua institusi. Majlis tersebut melibatkan pengurusan tertinggi dan Pegawai dari KIAS manakala delegasi antarabangsa dari UIN Mahmud Yunus Batusangkar terdiri daripada Dekan, dan lapan (8) orang mahasiswa/ wi.
Matlamat utama perjanjian ini adalah untuk menggalakkan pembangunan akademik dan kerjasama strategik antara KIAS dan UIN Mahmud Yunus Batusangkar dalam pelbagai bidang, termasuk program Kuliah Kerja Nyata selama 15 hari di Kampung Kubang Sawa, Tumpat.
Dengan termeterainya MoU ini, diharapkan bahawa kedua-dua institusi dapat bekerjasama secara erat dalam pembangunan akademik kedua-dua pihak. Usaha ini juga diharap dapat melahirkan graduan yang berilmu, berdaya saing, dan berkeperibadian unggul.