PELAJAR PROGRAM MUADALAH SELAMAT TIBA DI CAIRO INTERNATIONAL AIRPORT

Kaherah,12 Oktober 2024 – Seramai 16 orang pelajar program muadalah KIAS dan Universiti Al-Azhar yang akan melanjutkan pengajian mereka di sana selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada jam 6 pagi waktu Mesir .

Rombongan ini diketuai oleh YABrs. Profesor Dr. Mazlan Bin Ibrahim, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Ustaz Mohammad Jawwad Bin Md Yusnan Pengarah Pusat Kerjasama Antarabangsa KIAS (CENTRIK).

Ketibaan mereka telah disambut baik oleh Ustaz Che Khairulaffendy Bin Che Kamaruzaman, Pegawai Atase Pendidikan Kelantan bersama Timbalan Pegawai Ustaz Nawi Bin Saleh serta Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) dan pelajar-pelajar program muadalah KIAS-AL AZHAR.

Pelajar program muadalah KIAS-AL AZHAR ini akan mengikuti pengajian ke tahun tiga di Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang usuluddin dan syariah. Program muadalah KIAS-ALAZHAR ini merupakan hasil kejayaan kerjasama pihak KIAS dengan pihak Universiti Al Azhar bagi membantu pelajar KIAS yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat antarabangsa.

Besar harapan warga KIAS ingin melihat hasil kejayaan pelajar lepasan KIAS melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan pulang membawa nama KIAS untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed