REKTOR KIAS MENYERTAI LAWATAN KERJA YB DATO' TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN DAN ROMBONGAN KE JORDAN DAN MESIR

Previous slide
Next slide
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT KEDUTAAN MALAYSIA DI JORDAN

YABrs. Prof. Dr. Mazlan bin Ibrahim, Rektor KIAS bersama YBrs. Dr. Nurul Akma bt Mohamed, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan) KIAS telah menyertai Lawatan Kerja YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj Hassan dan rombongan ke Jordan dan Mesir bermula 14 Ogos hingga 20 Ogos 2025.

Turut bersama dalam rombongan tersebut ialah YB Dato’ Ustaz Hj. Wan Roslan bin Wan Hamat, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan; Tuan Hj. Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK); En. Nik Jessim bin Tan Sri Nik Hashim, Pengarah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN); En. Razuan bin Awang Hamad, Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN); Ustaz Sukeri bin Hussin, Timbalan Pengarah (Akademik) YIK dan beberapa orang ahli rombongan yang lain.

Antara program utama telah disertai ialah:
1. Kunjung Hormat ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Jordan.
2. Konvensyen Transformasi Mahasiswa Rabbani Murabbi Timur Tengah (TAMAR’25) di Jordan.
3. Majlis Perasmian Konvensyen TAMAR’25 di Jordan.
4. Pertemuan bersama YBrs. Dr. Nahla al-Sa’idi, Penasihat Syeikhul Azhar merangkap Pengarah Markaz Tatweer iaitu Pusat Pengembangan Pelajar Antarabangsa Universiti al-Azhar dan Dekan Fakulti ‘Ulum Islamiyyah Universiti Al-Azhar, Mesir.
5. Konvensyen TAMAR’25 di Mesir.

Dalam kedua-dua Konvensyen TAMAR’25 di Jordan dan Mesir, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan) KIAS iaitu Dr Nurul Akma bt Mohamed telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Kepimpinan Wanita Dalam Islam: Antara Martabat dan Manipulasi Agenda Moden”. Beliau turut memberi penerangan ringkas mengenai peluang pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di KIAS dan membuat pertemuan ringkas bersama sebahagian alumni KIAS yang sedang menyambung pengajian secara mu’adalah dengan Universiti al-Azhar, Mesir.

Semoga lawatan kerja ini membuahkan natijah yang baik untuk kecemerlangan KIAS secara khusus dan pendidikan Islam di Kelantan secara umum pada masa hadapan.

#jommasukkias
#kiaskinikolejuniversiti
#disinilahirnyagenerasirabbani

KONVENSYEN TRANSFORMASI  MAHASISWA RABBANI MURABBI TIMUR TENGAH (TAMAR'25) DI JORDAN
MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN TAMAR'25 DI JORDAN
PERTEMUAN BERSAMA YBRS. DR. NAHLA AL-SA'IDI, PENASIHAT SYEIKHUL AZHAR MERANGKAP PENGARAH MARKAZ TATWEER IAITU PUSAT PENGEMBANGAN PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI AL-AZHAR DAN DEKAN FAKULTI 'ULUM ISLAMIYYAH UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR
KONVENSYEN TAMAR'25 DI MESIR

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed