BERITA KUNJUNGAN HORMAT JPK WILAYAH TIMUR KE KIAS
Pada 28 Januari 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi, satu Kunjungan Hormat Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur telah diadakan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Kunjungan ini bertujuan mengadakan perbincangan dan pembentangan cadangan perancangan aktiviti Majlis TVET (MTVET) Negeri Kelantan bagi tahun 2026, memandangkan KIAS bertindak selaku Urusetia Jawatankuasa Kerja MTVET Negeri Kelantan.
Delegasi JPK Wilayah Timur yang hadir adalah:
- Yang Berbahagia Encik Zulkifli Bin Mat Daud – Pengarah JPK Wilayah Timur
- Yang Berusaha Encik Asri Bin Md Ab Malik – Ketua Unit SkillsMalaysia Kelantan
- Yang Berusaha Ir. Ts. Ahmad Khairul Za’im – Unit SkillsMalaysia Kelantan
- Yang Berusaha Encik Tengku Rithaudden Bin Tengku Wook – Unit SkillsMalaysia Kelantan
Diharapkan kunjungan ini dapat mengukuhkan kerjasama strategik antara JPK dan KIAS serta memperkasa pelaksanaan agenda TVET Negeri Kelantan secara lebih tersusun dan berimpak tinggi.
