Taklimat Skim

PERKESO

di bawah Akta Keselamatan    Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)

Sesi perkongsian kepada semua warga KIAS dalam Program UMI telah diadakan di Dewan Kuliah 8, KIAS pada Ahad, 1 Februari 2026 berkaitan Skim PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, disampaikan oleh YBrs. En. Mohd Fauzi bin Mohamad, Pegawai Pendakwa PERKESO (Zon Timur).

Perkongsian maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PERKESO yang merangkumi  empat (4) jenis perkhidmatan iaitu:

1) Skim Lindung Kerja

2) Skim Lindung Kendiri bagi yang menjalankan pekerjaan sendiri

3) Skim Lindung Kerjaya (Skim Insurans Pekerja) dan;

4) Skim Lindung Kasih (Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah).

Warga KIAS juga didedahkan mengenai faedah-faedah yang boleh dituntut jika berlaku kemalangan di bawah Skim Bencana Pekerjaan seperti berikut:

1) Faedah Hilang Upaya Sementara

2) Faedah Hilang Upaya Kekal

3) Elaun Layanan Sementara

4) Faedah Pemulihan

5) Faedah Orang Tanggungan & Faedah Pengurusan Mayat

6) Faedah Pendidikan dan;

7) Faedah Perubatan.