Previous slide
Next slide

DARI JAWI KE PENTAS DUNIA - INOVASI YANG MEMBERI INSPIRASI

KIAS sekali lagi mencatat sejarah membanggakan!
Kit inovatif SmartJawiBot: Kit Pembelajaran Kreatif & Interaktif telah mengharumkan nama institusi apabila berjaya merangkul tiga pengiktirafan tertinggi dalam International Invention, Innovation and Design Competition (i3DC) 2025 3rd Edition yang berlangsung di Kolej Vokasional Tanah Merah pada 4 Ogos 2025:

🏆 Diamond Award (Special Award for Highest Mark & Best of the Best)
🥇 Gold Medal
🥇 Best of the Best Booth

Inovasi ini telah dihasilkan oleh gabungan tenaga pengajar dan pelajar hebat dari Fakulti Pengurusan & Pembangunan Insan (FPPI) dan Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab (FPIB), KIAS.

🔹 Senarai Ahli Pasukan:

FPPI

1. En Muhammad Nur Azam bin Ghazali

2. Pn Maizatul Akhmar binti Mat Yusoff

3. Pn Haslinda binti Hasim

FPIB
4. En Muhamad Amir Sobirin bin Suhaimi

Pelajar FPPI
5. Norirdina Zulaikha binti Shamsul Kamal
6. Nur Sadrina Wafiah binti Abdul Rahman
7. Nurin Fikriyah binti Mohd Fauzi


SmartJawiBot merupakan inovasi pengajaran interaktif yang direka khas untuk memperkukuh penguasaan Jawi dalam kalangan pelajar dengan pendekatan yang lebih menyeronokkan, praktikal dan kontemporari. Kit ini membuktikan bahawa teknologi boleh digabungkan secara kreatif dalam pendidikan asas bagi memberi impak maksimum kepada pembelajaran.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan KIAS, malah membuktikan bahawa gabungan idea antara pensyarah dan pelajar mampu menghasilkan produk berimpak tinggi yang setaraf dengan peringkat nasional dan antarabangsa.


👏 Tahniah & Syabas!

Seluruh warga Fakulti Pengurusan & Pembangunan Insan (FPPI) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencipta lebih banyak inovasi pendidikan yang berkesan, relevan dan berkualiti tinggi.

#DiSiniLahirnyaGenerasiRabbani
#FPPI
#SmartJawiBot
#i3DC2025
#InovasiPendidikan
#DiamondAward

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed