Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) UIAM
PENGENALAN
Program Diploma pascasiswazah ini merupakan syarat lantikan perkhidmatan Pegawai Syari’ah dan peguam Syari’e. Program ini telah dibentuk dengan mengambil kira pengetahuan serta kemahiran yang perlu dan sesuai untuk melatih dan melahirkan pakar-pakar yang berkelayakan serta kompeten melaksanakan pentadbiran badan kehakiman Islam di Malaysia dan negara-negara Islam. Diploma ini juga bermanfaat bagi mereka yang ingin mendalami pengetahuan dalam aspek-aspek yang berhubungan dengan pentadbiran badan kehakiman Syari’ah. Kursus akan dijalankan dalam Bahasa Melayu (kecuali Teks Undang-Undang).
PUSAT PEMBELAJARAN
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) , Nilam Puri, Kelantan.
SYARAT KEMASUKAN
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah atau setaraf dengannya dari mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh UIAM
MODUL
- Teks Undang-Undang (Bahasa Arab)
- Undang-Undang Keluarga
- Sistem Perundangan Islam
- Sistem Undang-Undang Malaysia
- Kaedah Kajian & Mooting
- Kaedah-Kaedah Fiqah
- Acara Jenayah Mahkamah Syariah
- Undang-Undang Keterangan
- Undang-Undang Jenayah Islam
- Acara Mal Mahkamah Syariah
- Pengurusan Harta Pusaka
TEMPOH PENGAJIAN
1 tahun 8 bulan (5 semester)
MOD PENGAJIAN
Separuh masa (Kelas setiap Sabtu sahaja dari jam 9.00 pagi-5.00 petang)
AMBILAN
JANUARI/MEI/SEPTEMBER (*permohonan dibuka sepanjang tahun)
Pautan permohonan: akan dikemaskini
MAKLUMAT LANJUT
