Fast Track SPM

FAST TRACK SPM

Pengenalan

Program Fast Track SPM ini dikendalikan oleh KIAS Insani untuk membantu pelajar-pelajar dari Pusat Tahfiz /Pondok yang tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar akan diberi keutamaan untuk mengikuti pengajian Diploma di KIAS seperti Diploma Tahfiz Al-Quran, Diploma Tarannum Al-Quran, Diploma Pengajian Thurath dan lain-lain lagi.

Syarat kemasukan:

  • Terbuka kepada pelajar lelaki & perempuan
  • Berminat dalam pengajian akademik & agama
  • Berumur 17-25 tahun
  • Lulus ujian kemasukan

Tempoh Pengajian:

1 tahun



Mata Pelajaran (KSSM):

Teras

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Pendidikan Islam

Elektif

  • Bahasa Arab
  • Pendidikan al- Quran dan al- Sunnah

Program kecemerlangan & sahsiah:

  • Seminar Menjawab SPM
  • Sesi Kaunseling
  • Sukan & Riadah
  • Kelas Tasmik al-Quran














Prospek Pengajian di KIAS

Pelajar lepasan Program Fast Track SPM ini layak memohon untuk meneruskan pengajian ke peringkat Asasi dan Diploma (tertakluk kepada syarat kemasukan) seperti berikut:

Diploma

  1. Diploma Usuluddin
  2. Diploma al-Syariah
  3. Diploma Bahasa Arab
  4. Diploma Tarannum al-Quran
  5. Diploma Tahfiz Al-Quran
  6. Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat
  7. Diploma Pengurusan Halal
  8. Diploma Pengajian Islam
  9. Diploma Dakwah Dengan Media
  10. Diploma Kaunseling
  11. Diploma Pengajian Turath
  12. Diploma Kewangan Islam
  13. Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
  14. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

Asasi

  1. Asasi Pengajian Islam
  2. Asasi Pengurusan Perniagaan

Yuran:

Bil.

Jenis yuran

Jumlah

1

Pendaftaran (termasuk Nota/Kad matrik/Peperiksaan SPM)/Kecemerlangan/takaful/aktiviti dan lain-lain)

RM1300.00 (sekali bayar sahaja)

2

Pengajian

RM500.00 (bulanan)

3

Asrama (tidak diwajibkan kepada pelajar)

RM150.00 (bulanan)

 

Uniform:

Jantina

Ahad-Selasa

Rabu-Khamis

Lelaki

●       Jubah putih/hitam

●       Berkopiah putih

●       Berkasut hitam

●       Baju kemeja hijau muda

●       Seluar slack hitam

●       Tie KIAS

●       Berkopiah putih

●       Berkasut hitam

Perempuan

●       Jubah hitam

●       tudung labuh krim

●       Berkasut hitam

 

●       Jubah hijau gelap

●       tudung labuh hijau lembut

●       Berkasut hitam