KURSUS BAHASA MANDARIN JINAN 2025 DI GUANGZHOU, CHINA
Alhamdulillah, delegasi dari Institut Bahasa Antarabangsa dan Terjemahan (IBA), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bersama Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan (BBC) telah berlepas ke Guangzhou, China bagi mengikuti Kursus Bahasa Mandarin Jinan 2025 yang berlangsung di College of Chinese Language and Culture, Jinan Universitypada 19 hingga 26 Mei 2025. Kursus ini merupakan inisiatif KIAS bersama masyarakat yang bertujuan memperkukuh penguasaan bahasa Mandarin serta mempererat hubungan kerjasama pendidikan antarabangsa antara Malaysia dan China.