MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SEWA PADANG SINTETIK DI KIAS

Pada 16 Julai 2025, satu majlis menandatangani perjanjian sewaan Padang Bola Sintetik telah diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Perjanjian ini dimeterai antara Koperasi Penghulu Negeri Kelantan dengan KIAS Darulnaim Sdn. Bhd. sebagai langkah memperkukuh kerjasama dalam pembangunan fasiliti sukan bertaraf moden di kawasan ini.

Dengan adanya padang sintetik ini, ia bakal membuka ruang kepada penganjuran kejohanan, latihan, serta aktiviti kemasyarakatan yang lebih tersusun, di samping menjana pendapatan tambahan kepada KIAS.

Majlis ini dihadiri oleh Tn. Haji Mazlin bin Mohamad Nor (Pengerusi Koperasi Penghulu), Tn.Haji Jamaluddin bin Ishak ( Timbalan Pengerusi), Tn. Haji Mohd Khairuddin bin Ismail (Setiausaha Koperasi) dan Encik Nik Hazim bin Nik Rashid (Bendahari Koperasi).  Manakala pihak KIAS dihadiri oleh Encik Nik Jessim bin Tan Sri Nik Hashim (Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim merangkap Ahli Lembaga Pengarah KIAS Darulnaim Sdn. Bhd., Prof. Dr. Mazlan bin Ibrahim (Rektor KIAS) serta pengurusan tertinggi KIAS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed