Info KIAS Insani Sdn Bhd (KISB)
PENGENALAN KIAS INSANI SDN.BHD.
KIAS Insani Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 3 Januari 2024 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April 2024. Syarikat ini merupakan anak syarikat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang berperanan sebagai pemacu aktiviti komersial rasmi bagi menjana pendapatan dan memastikan kelangsungan kewangan institusi. Penubuhan KIAS Insani Sdn. Bhd. adalah selaras dengan aspirasi KIAS untuk mencapai taraf Universiti Penuh menjelang tahun 2027, melalui pendanaan yang mampan dan berstrategi.
Sebagai entiti korporat yang memikul tanggungjawab besar dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan KIAS, KIAS Insani Sdn. Bhd. komited untuk melaksanakan pelbagai projek komersial, pendidikan dan perkhidmatan yang berimpak tinggi serta berlandaskan syariah, demi memperkukuhkan kedudukan KIAS di peringkat nasional dan antarabangsa.
MISI
Memacu aktiviti pembangunan kormersial dan perkhidmatan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera serta memastikan kelansungan keuntungan syarikat berlandaskan syariah bagi membantu Kewangaan KIAS dalam mengajar taraf universiti penuh pada tahun 2027.
VISI
Menjadikan syarikat korporat yang berdaya maju dalam pembangunan modal insan dan perkhidmatan.
OBJEKTIF
- Menjalinkan jaringan kerjasama dengan institusi-institusi dan jabatan-jabatan yang mempunyai kepakaran.
- Menjalankan projek secara “Quick Win dan membina “Godwill”.
- Melaksanakan projek-projek berpotensi komersial dalam pembangunan Pendidikan, pelancongan, hartanah, perkhidmatan, perniagaan, pertanian, industry agromakanan dan komoditi.
FALSAFAH INSANI
Ikhlas, Nawaitu(Objektif), Sabar(Tabah), Awas(Audit), Nas(Manusiawi), Ilahi(Rabbani)
AKTIVITI
Komersial:
- KIAS Fitness Gym (KFG)
- KIAS Merchandise Shop(KMS)
- Mat’am
- Sewaan ruang niaga
- Souq
- Studio
Program Pendidikan:
- Program Sijil Pengajian Al-Quran Wal Qiraat (SQQ)
- Program Kelas Talaqqi Al-Quran Bersanad (KTQA)
- Program Sijil Pengajian Tafaqquh Fiddin Kerjasama JAHEAIK
- Program Sijil Pengajian Tasawwur Islam Kerjasama SUK
- Talaqqi Jama’ Qiraat Al-Quran Bersanad Kerjasama PPZAG (Singapura)
- Kem Al-Quran 40 Jam (Secara Tahunan)
- Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) UIAM
- Fast Track SPM
- Tadika KIAS Imtiyaz
- Taska KIAS Imtiyaz
- Ride To Khatam (Secara Tahunan)
- Kelas Asas sebutan Al Quran
