PENYERAHAN PELAJAR PROGRAM MUADALAH KIAS-AL AZHAR

Madinah Nasr,13 Oktober 2024 – Telah berlangsung majlis penyerahan pelajar program muadalah KIAS-AL-AZHAR yang diadakan di Dewan Wisma Tengku Mahkota sekitar jam 10:30 malam waktu Mesir .

Majlis yang telah dilaksanakan ini telah dihadiri bersama pengiring mahasiswa & mahasiwi muadalah KIAS-AL-AZHAR YABrs. Prof. Dr. Mazlan Bin Ibrahim, Rektor KIAS & Ustaz Mohammad Jawwad Bin Md Yusnan, Pengarah Pusat Kerjasama Antarabangsa KIAS (CENTRIK), turut bersama Ustaz Che Khairulaffendy Bin Che Kamaruzaman pegawai Atase Pendidikan Kelantan dan Ustaz Nawi Bin Saleh selaku Timbalan Pegawai Atase Pendidikan Kelantan.

Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Pegawai Atase Pendidikan Kelantan yang menekankan 3J buat mahasiswa dan mahasiswi baru yang tiba di bumi Mesir iaitu “Jami’”(masjid), “Jamiah” dan Jam’iyyah. 3J ini sentiasa diingatkan buat mahasiswa dan mahasiswi kerana ianya merupakan nadi utama yang menjadi peneraju dalam melahirkan mahasiswa yang berilmu dan beramal dengan apa yang dipelajari selain menjadi imej seorang penuntut ilmu agama dalam menitikberatkan ilmu pengajian tidak mengabaikan hak sebagai seorang Muslim.
Dalam pada itu,mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa membantu para pelajar yang lain yang diumpamakan seperti sebuah keluarga bila dah berjauhan dengan tanah air dan keluarga masing-masing.

Majlis seterusnya disusuli dengan ucapan dan tausiyyah yang disampaikan Prof Rektor KIAS dengan mengingatkan mahasiswa dan mahasiswi muadalah KIAS-AL-AZHAR agar memanfaatkan tempoh masa selama 2 tahun berada di bumi para Anbiya ini dan memanfaatkan keistimewaan pengiktirafan yang dikurniakan Universiti Al-Azhar .

Doa daripada semua diharapkan agar anak-anak pelajar mampu menuntut ilmu dengan baik dan pulang memberi manfaat kepada Masyarakat kelak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed