PROGRAM BENGKEL PENGURUSAN JURNAL ANJURAN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DENGAN KERJASAMA FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

24 Zulkaedah 1446H/22 Mei 2025M, di Bilik Seminar 1, KIAS.

Alhamdulillah, seramai 30 orang peserta telah menjayakan program Bengkel Pengurusan Jurnal anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dengan kerjasama Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Insan, bertempat di Bilik Seminar 1, KIAS pada 24 Zulkaedah 1446H bersamaan 22 Mei 2025M. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada sekretariat pengurusan jurnal fakulti, berkenaan aspek teknikal dan operasional dalam menguruskan penerbitan jurnal ilmiah secara profesional dan sistematik.

Bengkel yang diadakan selama satu hari ini menghadirkan penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan jurnal iaitu Ustaz Muhammad Abdul Rahim bin Kamarul Zaman, pensyarah Fakulti Usuluddin dan Al-Quran & Sunnah dan Puan Norhaslinda binti Abd Razak, Penolong Pendaftar (Penyelidikan & Penerbitan), Pusat Pengurusan Penyelidikan, KIAS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Fill out this field
Fill out this field
Sila masukkan alamat emel yang sah.
You need to agree with the terms to proceed