SEKRETARIAT ZAKAT DAN WAKAF KIAS (SZWK)

SEKRETARIAT ZAKAT DAN WAKAF KIAS (SZWK)
PENGENALAN
Zakat dan wakaf merupakan dua instrumen penting dalam pembangunan sosioekonomi ummah. Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang berperanan mendidik generasi muda dengan ilmu dan akhlak, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bertanggungjawab memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memanfaatkan potensi zakat dan wakaf. Penubuhan Sekretariat Zakat dan Wakaf ini diharap menjadi platform untuk menyokong pembangunan pendidikan, kebajikan pelajar, serta masyarakat sekitar melalui pengurusan dana yang efisien dan sistematik.
OBJEKTIF KEWUJUDAN
Menguruskan Kutipan Zakat
Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan berzakat dan menjadikan KIAS sebagai agen kutipan zakat.
Pengurusan Wakaf
Menggalakkan sumbangan wakaf khususnya untuk pembangunan infrastruktur KIAS dan bantuan pendidikan pelajar.
Penyaluran Dana Zakat dan Wakaf
Membantu pelajar yang memerlukan, terutama golongan asnaf, melalui bantuan kewangan, biasiswa, atau pembangunan fasiliti.
Pendidikan dan Kesedaran
Mengadakan program kesedaran tentang zakat dan wakaf kepada pelajar dan masyarakat.
Pembangunan Sosioekonomi
Memanfaatkan dana wakaf untuk projek pembangunan jangka panjang yang bermanfaat kepada komuniti.
STRUKTUR ORGANISASI

3.1 Senarai keahlian Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Wakaf (JPSW)
- Pengerusi :
- Prof. Dr. Mazlan bin Ibrahim (Rektor KIAS)
- Timbalan Pengerusi :
- Dr. Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni KIAS)
- Timbalan Pengerusi || :
- Dr. Nurul Akma binti Mohamed (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan KIAS)
- Setiausaha :
- Ustaz Mujiburrahman bin Muhammad Saleh (Ketua Sekretariat Zakat & Wakaf KIAS)
- Keahlian :
- 1. Tuan Haji Mohd Zahari bin Sulaiman (Pendaftar KIAS
- 2. Encik Arinoor bin Ariffin (Timbalan Bendahari KIAS)
- 3. Ustaz Hamidi bin Abdul Ghani (Penasihat Syariah)
3.2 Ketua Sekretariat Zakat dan Wakaf KIAS:
- Ustaz Mujiburrahman bin Muhammad Saleh (Ketua Sekretariat Zakat & Wakaf KIAS)
3.3 Senarai keahlian Pasukan Media dan Teknologi Maklumat SZWK :
- Pengerusi :
- Ustaz Mujiburrahman bin Muhammad Saleh (Ketua Sekretariat Zakat & Wakaf KIAS)
- Setiausaha :
- Ustaz Wan Asyraaf bin Wan Yahaya ( Pembantu Tadbir Pusat Pengajian Siswazah)
- Keahlian :
- 1. En. Nor Hazmin Faizal bin Hafik (Penolong Pendaftar Kewangan)
- 2. En. Mohamad Abi Farhan bin Mohamed Nor (Penolong Pendaftar Teknologi Maklumat)
- 3. En. Mohammad Syahiran bin Ahmad Roziha (Pembantu Tadbir KIAS Insani Sdn Bhd)
BIDANG TUGAS
4.1 Bidang Tugas Ketua Sekretariat Zakat dan Wakaf
- 4.1.1 Pengurusan dan Pentadbiran
-
- Mengurus operasi harian sekretariat berkaitan zakat dan wakaf di KIAS.
- Menyediakan pelan strategik jangka pendek dan panjang bagi pembangunan zakat dan wakaf.
- Menyediakan laporan berkala mengenai kutipan, pengurusan, dan agihan zakat serta hasil wakaf.
- Memastikan segala dokumen, fail, dan rekod berkaitan zakat dan wakaf diurus secara sistematik. - 4.1.2 Kutipan Zakat dan Wakaf
-
- Merancang dan melaksanakan aktiviti atau program bagi meningkatkan kesedaran serta kutipan zakat dan wakaf dalam kalangan staf, pelajar, dan masyarakat.
- Menjalinkan kerjasama dengan institusi kewangan Islam, badan agama negeri, serta organisasi berkaitan untuk meningkatkan kutipan.
- Mengurus mekanisme pembayaran zakat dan pendaftaran wakaf melalui saluran digital dan manual. - 4.1.3 Pengagihan Zakat
-
- Menyediakan garis panduan dan kriteria penerima zakat berdasarkan syariat Islam.
- Menyelia dan memastikan pengagihan zakat kepada asnaf dijalankan dengan telus, cekap, dan adil.
- Mengurus bantuan kewangan atau biasiswa kepada pelajar daripada sumber zakat. - 4.1.4 Pengurusan Wakaf
-
- Mengurus aset dan harta wakaf yang diterima oleh institusi, termasuk tanah, bangunan, atau bentuk sumbangan lain.
- Merancang penggunaan hasil wakaf untuk pembangunan institusi seperti pembinaan fasiliti, pembelian peralatan, atau program kebajikan.
- Memastikan pemeliharaan dan pengurusan aset wakaf mengikut kehendak pewakaf serta undang-undang syariah.
- 4.1.5 Pendidikan dan Kesedaran
-
- Menganjurkan seminar, bengkel, atau ceramah berkaitan zakat dan wakaf untuk meningkatkan kefahaman warga institusi dan masyarakat.
- Menerbitkan risalah, buletin, atau bahan promosi tentang kepentingan zakat dan wakaf.
- Menjalankan kempen secara berterusan melalui media sosial, laman web, dan platform lain. - 4.1.6 Hubungan dengan Agensi Luar
-
- Menjalinkan hubungan baik dengan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) serta badan zakat dan wakaf lain di peringkat negeri dan kebangsaan.
- Mengurus sebarang bentuk kerjasama atau memorandum persefahaman (MoU) antara institusi dan pihak luar berkaitan zakat dan wakaf. - 4.1.7 Pemantauan dan Penilaian
-
- Menilai keberkesanan program kutipan dan pengagihan zakat serta wakaf.
- Mengemukakan cadangan penambahbaikan berdasarkan analisis data dan maklum balas pihak berkepentingan.
- Memastikan semua aktiviti sekretariat mematuhi undang-undang syariah dan peraturan institusi. - 4.1.8 Laporan dan Dokumentasi
-
-Menyediakan laporan tahunan prestasi sekretariat kepada pengurusan tertinggi kolej.
- Mengemukakan laporan audit berkenaan kutipan, pengurusan, dan pengagihan zakat serta hasil wakaf.
- Menyimpan rekod lengkap berkaitan penerima zakat, pewakaf, dan hasil wakaf.
4.2 Bidang Tugas Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Wakaf (JPZW)
- 4.2.1 Pengurusan dan Kutipan Zakat
-
- Menyelaras aktiviti kutipan zakat daripada pelbagai sumber di KIAS.
- Mengadakan kempen kesedaran dan program pendidikan tentang kewajipan zakat.
- Menyediakan laporan tahunan kutipan zakat kepada pihak berwajib. - 4.2.2 Agihan Zakat
-
- Merancang dan melaksanakan proses agihan zakat kepada golongan asnaf seperti fakir, miskin, dan pelajar memerlukan.
- Memastikan agihan zakat dilakukan dengan telus dan mengikut garis panduan syarak. - 4.2.3 Pengurusan Wakaf
-
- Menguruskan sumbangan wakaf daripada individu atau organisasi untuk pembangunan KIAS.
- Mengenalpasti dan menyelia projek pembangunan yang dibiayai melalui dana wakaf.
- Memastikan segala harta wakaf dijaga dengan baik dan dimanfaatkan sepenuhnya. - 4.2.4 Pembangunan Dana dan Sumber
-
- Mengembangkan strategi untuk meningkatkan kutipan zakat dan wakaf.
- Berkolaborasi dengan pihak luar seperti institusi kewangan dan korporat untuk kerjasama strategik.
- 4.2.5 Pemantauan dan Audit
-
- Melaksanakan audit berkala ke atas kutipan dan agihan zakat serta pengurusan harta wakaf.
- Menyediakan laporan kewangan yang lengkap untuk memastikan integriti sistem pengurusan zakat dan wakaf. - 4.2.6 Pendidikan dan Kesedaran
-
- Mengadakan seminar, forum, dan kursus berkaitan zakat dan wakaf untuk pelajar dan staf KIAS.
- Memberi penerangan mengenai peranan zakat dan wakaf dalam pembangunan masyarakat. - 4.2.7 Sokongan kepada Pihak Pengurusan KIAS
-
- Memberi nasihat dan cadangan berkaitan isu-isu zakat dan wakaf kepada pihak pengurusan tertinggi KIAS.
- Mengintegrasikan aktiviti zakat dan wakaf dengan visi serta misi institusi. - 4.2.8 Penyelarasan dengan Agensi Berkaitan
-
- Berhubung dengan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) dan agensi berkaitan untuk memastikan pematuhan peraturan.
- Membantu dalam urusan pelaporan kepada pihak berautoriti jika diperlukan.
4.3 Bidang Tugas Pasukan Media dan Teknologi Maklumat SZWK
Membantu aktiviti promosi zakat dan wakaf melalui media baru dan kemudahan akses pembayaran zakat dan wakaf yang berpusat di bawah pengurusan Sekretariat Zakat dan Wakaf KIAS (SZWK).