Taska KIAS Imtiyaz
TASKA KIAS IMTIYAZ
Taska (Taman Asuhan Kanak-Kanak) ialah premis penjagaan kanak-kanak bawah 4 tahun yang dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah Akta 308 serta Peraturan TASKA 2012. Penubuhan Taska KIAS Imtiyaz adalah sejajar dengan usaha menyokong golongan wanita berkerjaya melalui penyediaan kemudahan penjagaan anak di tempat kerja.
Taska KIAS Imtiyaz mula beroperasi pada 1 Julai 2020 sebagai Taska di Tempat Kerja. Kemudahan seperti ruang aktiviti, ruang makan, bilik bayi, bilik tidur, dapur dan tandas. Taska beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang.
Kurikulum taska berpandukan Kurikulum PERMATA yang merangkumi perkembangan bahasa dan literasi awal, matematik dan pemikiran logik, estetika dan kreativiti, fizikal, sahsiah serta sosioemosi dan kerohanian, serta deria dan pemahaman dunia. Amalan asuhan menekankan perkembangan menyeluruh, kemahiran urus diri dan nilai positif mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.
Visi dan misi taska adalah membentuk emosi, akhlak dan spiritual yang baik, mengembangkan kemahiran sosial, komunikasi, literasi awal, berdikari, kemahiran fizikal dan pemikiran logik, serta mewujudkan hubungan positif dengan ibu bapa dan komuniti demi kesejahteraan kanak-kanak.
Maklumat lanjut: wasap.my/60179079912/taskakiasimtiyaz
